Pages
Tuesday, May 14, 2013
Petua Atasi Rambut Beruban
Terdapat banyak petua yang boleh remaja gunakan bagi mengatasi masalah ini. Seperti menggunakan air kelapa tua dan sapukan perlahan-lahan ke kulit kepala supaya ia meresap kepada kulit dan memberikan semula pemulihan yang berkesan dengan cepat. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Penggunaan inai untuk mewarnakan rambut yang putih digalakkan kerana produk di luar belum tentu halal dan ada ketikanya tidak boleh digunakan untuk bersolat. Remaja di luar janganlah terlalu tertekan kerana penyembuhan rambut daripada uban ini memerlukan masa untuk pulih, hadapi masalah ini dengan tenang.
Harus diingatkan supaya tidak mencabut uban yang tubuh melata di rambut, kerana penulis pernah terbaca petua orang tua-tua dulu, kalau tumbuh uban jangan dicabut kerana uban akan lebih banyak tumbuh. Lebih menakutkan lagi akan mengalami masalah rambut botak kerana kerap mencabut uban yang gatal.
6 cara atasi masalah rambut beruban di usia muda
1. Mencegah stres
Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.
2. Menjaga kebersihan kulit kepala
Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Penggunaan syampu anti penuaan dan limau purut mampu mengatasi masalah rambut beruban.
3. Corak pemakanan yang sihat
Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Cuba aturkan pola pemakanan yang baik dan seimbang supaya dapat mencegah masalah rambut beruban ini dengan cepat.
4. Keperluan zat besi
Tubuh badan manusia memerlukan zat besi yang tinggi dan apabila kurangnya zat besi akan munculnya uban pada rambut. Zat besi membantu memberikan zat warna pada rambut lalu rambut akan tumbuh dengan subur dan kehitaman. Makanan yang seperti sayur bayam dan buah lemon membantu anda mendapatkan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan.
5. Rawatan yang teratur
Tidak perlu ke salun kecantikan rambut untuk mendapatkan rawatan ini kerana dengan rawatan sendiri juga mampu mencegah rambut daripada penuaan. Usap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut sekurang-kurangnya lebih satu jam pada rambut kemudian bilas. Lakukan secara teratur agar dapat mencegah terjadinya tumbuh uban pada rambut anda.
6. Rahsia penggunaan daun kari pada rambut
Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan rambut mereka. Sebab itu bila kita lihat rambut masyarakat India tumbuh dengan sihat dan hitam bersinar. Gosokkan rambut dengan beberapa helaian daun kari dan campurkan sedikit dengan air suam lalu sapukan daun itu ke rambut anda akan dapat hasilnya yang memuaskan. Selamat mencuba!
Sumber http://anizyn.blogspot.com
-----------------------------------------
Kandungan Ginseng dapat merawat rambut beruban dan mengalakkan pertumbungan rambut. Sesuai utk lelaki...
Gabungan Safed Ali Ginseng, Tongkat Ali, Kucingan mampu berikan stamina dan melambatkan pancutan, malah anda akan merasakan setelah pancutan zakar anda masih lagi keras dan boleh lagi membuat dayung tuk puaskan isteri Pm Sekarang!! atau Whatsup 018 263 7833 PM Maskulin Power
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment