Pages

Wednesday, May 22, 2013

5 Perkara Boleh Ubah Hidup Lelaki


#1. Siapa 6 kenalan sekeliling kita yang paling banyak masa kita habiskan bersama mereka.

Cuba perhatikan berapakah anggaran pendapatan tahunan mereka dan jumlahkan kesemuanya. Bahagikan jumlah tersebut dengan 6. Nilai akhir adalah nilai sebenar pendapatan tahunan kita jika kita sedari. Kiraan ini tidak semestinya tepat akan tetapi ianya memberi gambaran awal di mana tahap sebenar pendapatan kasar tahunan kita.

Jika kita tidak berpuas hati dengan nilai akhir tersebut, pilihlah untuk berkenalan dengan mereka yang lebih hebat daripada kita dan cubalah untuk luangkan masa yang lebih dengan kenalan yang baru dan positif ini.

#2. Buku apa yang telah kita baca sebulan yang lepas akan mempengaruhi siapa kita sebulan yang akan datang dan seterusnya.

Saya pada mulanya langsung tidak minat untuk membaca namun setelah dinasihatkan untuk membaca buku-buku motivasi serta perniagaan oleh para Mentor, saya berpeluang untuk mengkaji bagaimana sebenarnya mereka yang berjaya ini berjaya. Akhirnya selepas membaca lebih 50 buah buku saya secara tidak sengaja tertulis buku sendiri dan kini sudah siap menulis buku yang ke-3.

Jika kita tidak membaca sebulan yang lepas, saya yakin dan pasti kita tidak akan alami sebarang perubahan untuk sebulan yang akan datang. Pilih topik-topik yang kita minati dan ingin kuasai dan kajilah bagaimana untuk berjaya dalam bidang tersebut.

#3. Jika kita nakkan sesuatu jangan lupa untuk tulis.

Jangan sekali-kali percayakan ingatan di minda sebab ianya akan mudah untuk dilupakan. Saya kini tulis apa sahaja yang saya inginkan berbanding sebelumnya. Manusia amat sinonim dengan istilah pelupa, jadi jalan penyelesaiannya adalah dengan menulis apa sahaja yang ingin kita ingati dan capai.

Cuba mulakan menulis perkara-perkara yang ingin kita miliki dalam skala kecil terlebih dahulu dan setiap kali kita berjaya mendapatkannya, raikanlah kejayaan tersebut. Apabila kita sudah punyai keyakinan yang tinggi, maka bolehlah untuk terus sasarkan matlamat yang lebih besar. Tiada had untuk kita berimpian!

#4. Cari, Amalkan dan Ajarkan ilmu yang kita yakin ianya mampu untuk membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk berjaya.

Ilmu yang kita ada akan lebih diberkati dan diberi kefahaman yang tinggi apabila kita berusaha untuk kongsikan dengan sesiapa sahaja. Ingatlah, semakin kita berasa rugi untuk berkongsi ilmu kejayaan kita dengan orang lain, semakin sukar untuk rezeki hadir dalam hidup kita.

Tiada satu ilmu pun yang tidak bernilai kerana semua ilmu datangnya dari Allah s.w.t. Jangan takut dan khuatir untuk berkongsi kerana hipotesisnya adalah semakin berkongsi maka semakin banyak ilmu yang akan kita perolehi.

#5. Pilihlah untuk berguru.

Saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk mengenali ramai insan yang hebat dan duduk semeja dengan mereka semua untuk berbicara dan berbincang mengenai bagaimana untuk berjaya dan berusaha untuk membantu orang lain menjadi lebih berjaya. Sifu Mohd Siddiq antara guru yang terbaik pernah saya temui. Belajarlah darinya In Sha Allah anda akan temui mutiara ilmu yang tidak ada di mana-mana.
----------------------------


Tingkatkan Keyakinan Diri 150%

Psst! Walaupun poket kosong.

Herba ini mampu mengembalikan stamina tuk kerja, kekuatan seksual suami dan meningkatkan keyakinan, stamina suami ketika melakukan hubungan seksual dengan isteri anda. gabungan Safed Musli Ginseng, Tongkat Ali, Kucingan, Bunga Pakma mampu berikan stamina dan melambatkan pancutan, malah anda akan merasakan setelah pancutan zakar anda masih lagi keras dan boleh lagi membuat dayung tuk puaskan isteri


Pm Sekarang!! atau SMS/Whatsup 018 263 7833 (bro)
PM http://www.facebook.com/maskulinpower



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...