Pages

Sunday, May 19, 2013

5 Kesilapan Lelaki Ketika Memujuk Wanita Yang Menangis



|Sememangnya kaum wanita cenderung lebih emosional dalam menghadapi masalah berbanding dengan kaum lelaki hinggakan mereka amat mudah menitiskan airmata.Kadangkala wanita menangis kerana masalah kecil atau tersedu-sedu akibat sesuatu yang membuat dirinya rasa tertekan.Kebanyak lelaki sering melakukan kesilapan ketika berusaha menenangkan dan cuba memujuk wanita
yang sedang sedih malahan kadangkala membuat wanita semakin marah dan tangisan lebih menjadi-jadi.Sebagai sedikit panduan,bila-bila masa anda cuba memujuk wanita yang menangis,elakkan dari mengatakan enam hal yang berikut kepadanya..


1."Cukuplah Tu, Lupakan Saja"
Kata-kata seperti ini adalah perkataan paling kejam yang tidak seharusnya dilontarkan pada
wanita saat dia sedang menangis. Wanita tidak perlu diberitahu bila masanya dia harus melupakan kesedihannya. Setiap orang mengatasi kesedihan dan rasa dukanya dengan cara yang
berbeza.Ada yang mampu dengan cepat melupakan masalah, tapi ada juga yang hanya dapat melupakannya setelah berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Lambat ataupun cepat, rasa sedih itu pun akan beransur-ansur hilang. Mengeluarkan kata-kata sebegini hanya akan membuatnya kesal dan tentunya akan lebih sukar rasa sedihnya itu hilang.

2."Masalahnya Tak Seteruk Mana Pun..Takkanlah Sampai Menangis.."
Bila-bila pun wanita menangis pastinya disebabkan ada sesuatu yang sangat teruk yang menimpanya
saat itu.Walaupun mungkin masalah tersebut terlihat remeh di mata lelaki atau orang lain, kiranya
wanita sampai menangis pastilah kerana ada hal atau kejadian yang tidak menyenangkan. Dengan mengatakan yang masalahnya tidak terlalu teruk akan terkesan seperti meremehkan, padahal mungkin
itu adalah hal yang sangat penting baginya. 

3."Dahlah Tu..Aku Faham Perasaanmu"
Hakikatnya,tidak ada siapa yang benar-benar tahu apa yang dirasakan oleh seseorang wanita saat dia menangis.Kata-kata sebegini memang boleh menunjukkan rasa simpati,tetapi ianya sebenarnya akan terkesan 'palsu' pada wanita apatah lagi jika ia diucapkan oleh lelaki yang telah menyakiti hatinya.Memberikan sentuhan lembut pada bahu atau merangkulnya lebih berkesan
untuk membuat perasaan wanita lebih tenang dan baik.

4."Oic! Period Ya?"
Perasaan wanita sememangnya jadi lebih sensitif dan sentimental ketika period,tetapi bukanlah bererti
wanita dapat menerima jika dikatakan seperti itu saat sedang menangis.Kata-kata ini walau mungkin diucapkan dalam nada dan cara gurauan,tetapi ianya akan terkesan seolah anda merendahkan gendernya sebagai seorang wanita.Tentu dia akan merasa tangisannya hanya dianggap
remeh dan tidak bererti apa-apa.

5."Apa Menangis Ni..Tolonglah,Janganlah..Tak Elok.."
Melarang wanita menangis saat dia sedang bersedih bukanlah satu idea yang baik.Cara paling
tepat adalah menghadapi situasi tersebut dengan tenang dan membiarkan dia
meluahkan perasaan sedihnya. Menyuruhnya agar berhenti menangis sama seperti anda menganggap dirinya amat tidak stabil dan tangisannya itu benar-benar mengganggu. Malah menyuruhnya
berhenti menangis juga akan membuatnya merasakan anda tidak peduli akan kesedihan yang dialaminya lantas akan membuatnya semakin berlinang air mata.Cara terbaik menghadapi wanita menangis adalah dengan membiarkannya hingga berhenti dan mendengar
apa yang dikatakannya selepas itu.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Isteri Menangis Ubat yang terbaik berikan perkhidmatan seks yang terbaik..kalau tak...
Anda Yakin Isteri Anda Tak Tinggalkan Anda?
Tingkatkan Keyakinan Diri 150% Bila Berjumpa Dengan Isteri 

Psst! Walaupun dengan kain pelekat...

Herba ini mampu mengembalikan kekuatan seksual suami dan meningkatkan keyakinan, stamina suami ketika melakukan hubungan seksual dengan isteri anda. gabungan Safed Musli Ginseng, Tongkat Ali, Kucingan, Bunga Pakma mampu berikan stamina dan melambatkan pancutan, malah anda akan merasakan setelah pancutan zakar anda masih lagi keras dan boleh lagi membuat dayung tuk puaskan isteri
 Pm Sekarang!! atau Whatsup 018 263 7833 PM Maskulin Power

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...