Pages

Sunday, May 19, 2013

Matlamat Asal Berniaga







Matlamat asas berniaga adalah bagaimana kita boleh berikan penyelesaian menggunakan produk atau perkhidmatan kepada masalah tertentu yang dihadapi oleh potensi pelanggan kita.

Kunci kenapa perniagaan wujud adalah kerana adanya MASALAH dan di mana ada masalah, di situ ada Peluang bagi yang mampu memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Contoh, jika anda pandai membaiki tayar kereta, anda sebenarnya mampu menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi masalah dengan tayar kereta. Masalah di dalam bisnes ramai mereka yang berniaga terutamanya mereka yang tidak buat duit adalah apa? Orang tidak tahu yang mereka wujud dan mampu menyelesaikan masalah mereka. Orang tidak tahu yang anda mampu memperbaiki tayar kereta mereka.

Jadi secara teknikalnya perniagaan wujud kerana ada masalah, tetapi tujuan kita menjadi penyelesai masalah tersebut adalah untuk apa? Adakah sekadar seronok mahu menyelesaikan masalah orang lain seperti Superman dan Spiderman? Pastinya tidak, matlamat asas dan fundamental kenapa kita mahu berniaga serta menjadi penyelesai masalah tersebut adalah kerana kita boleh dibayar atau buat duit.

Ya! Buat duit adalah matlamat penting di dalam bisnes. Apalah ertinya kita berniaga tetapi tidak buat duit? Itu namanya Kebajikan Masyarakat. Baik kita wujudkan yayasan dan bukan perniagaan.

Bagaimana kita berikan produk atau perkhidmatan yang dapat menyelesaikan masalah tertentu yang dihadapi oleh mereka yang ada masalah tersebut dan kita dibayar.

Jika anda ingin berniaga, jangan fokus tentang BERNIAGA tersebut kerana persepsi ramai orang, berniaga mesti ada pra-syarat iaitu mesti ada modal mesti ada kedai atau lagi power ada Wisma terus, mesti ada pekerja yang ramai, mesti ada pengangkutan sendiri dan macam-macam mesti yang karut tapi berniaganya belum mula lagi?

Perkara penting untuk mula berniaga adalah belajar buat duit. Ya! Buat duit. Kita cari apa produk atau perkhidmatan yang kita ada atau kita tengok apa masalah yang orang ada yang kita boleh selesaikan atau dapatkan orang selesaikan dan kemudian kita selesaikan dan dibayar. Buat duit ada banyak cara. Mempromosikan produk atau perkhidmatan sendiri atau orang lain di Facebook adalah salah satu cara buat duit. Bawa produk ke pejabat untuk berkongsi dengan orang lain adala cara buat duit. Tolong gunting rambut orang selepas waktu pejabat adalah cara buat duit. Tolong ajar anak jiran tuisyen adalah contoh buat duit. Tolong picit tapak kaki refleksologi di hujung minggu adalah cara buat duit. Tolong masakkan makanan yang ditempah oleh jiran yang sibuk bekerja dan malas masak adalah cara buat duit. Pendek cerita belajar fokus dengan aktivit “buat duit” dan menguntungkan.

Ramai yang baru nak berniaga atau yang sudah lama berniaga kadang-kadang “lari fokus” dengan sibuk mahu banyakkan Like di Facebook, sibuk mencantikkan laman web, sibuk mengkaji produk apa yang mahu dicipta untuk dijual tetapi akhirnya tidak mulakan pun aktiviti asas iaitu “buat duit” sehingga semua duit habis untuk “mengkaji” tetapi bukan buat lebih banyak duit tetapi sibuk proses lain yang tidak mendatangkan duit.

Anda tidak perlukan staf yang ramai, akauntan negara, pengurus besar untuk mulakan aktiviti “buat duit” dan memulakan perniagaan mikro Tolong baiki basikal dan tayar basikal dikawasan perumahan anda pun mungkin boleh jadi aktiviti permulaan buat duit yang menguntungkan. Basuh kereta orang juga adalah satu lagi aktiviti buat duit yang mudah.

Pendek kata, jika anda mahu mula berniaga, kenalpasti masalah orang, selesaikan masalah mereka dan buat duit. Tidak semestinya produk sendiri. Apa yang penting? Buat duit…. Orang yang biasa buat RM10 akan tahu buat RM100. Orang yang telah biasa buat RM100 akan tahu buat RM1,000 dan begitulah seterusnya ke RM1 juta tidak lama. Kunci asasnya adalah fokus buat duit dan aktiviti yang boleh buat duit. Sebab itu saya selalu tekankan tentang betapa pentingnya pemasaran. Jika anda pandai pemasaran, apa sahaja pun anda akan tahu pasarkan dan buat duit, tapi jika anda tidak reti pemasaran, betapa bagusnya produk anda sekalipun, belum tentu anda tahu pasarkan dan buat duit.

Nasihat saya adalah, belajar buat duit dari kecil-kecilan dan kemudian tambah ilmu pemasaran untuk tingkatkan lagi nanti bisnes anda. Sekiranya anda tahu buat duit hanya untung RM50 sehari secara sambilan, anda sebenarnya telah buat RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun. Jika anda pandai gandakannya dengan strategi pemasaran yang betul, anda sebenarnya mampu buat RM100 sehari, RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun. Tapi, itu sebenarnya “nothing” kata orang putih, kerana jika anda belajar buat duit dan luaskan ilmu buat duit anda dengan strategi serta taktik pemasaran yang betul, keuntungan RM500-RM1,000 sehari adalah satu perkara yang mudah. Jika sebulan adalah antara RM15,000 -RM30,000 sebulan atau RM180,000-RM360,000 setahun.

Mungkin tak banyak bagi segelintir mereka yang telah biasa berpendapatan begitu, tetapi berapa orang sahaja yang boleh ada gaji antara RM180,000-RM300,000 setahun? Kerja apa? Biasanya professional atau jawatan yang tinggi di syarikat yang besar. Tetapi, berniaga dan buat duit dengan strategi yang betul sebenarnya mampu buat anda capai keuntungan begini tanpa perlu modal yang besar, tanpa perlu pejabat sebesar Wisma Yakin atau perlukan segala-bagai staf sebelum capai begini. Ianya telah berlaku kepada ramai “anak murid tua”, peserta-peserta program kami yang bertindak mengikut ilmu, formula dan pengalaman yang dikongsikan samada di seminar percuma apatah lagi seminar lanjutan.

Hari ini, “buat duit” sangat mudah. Salah seorang orang berniaga yang saya kenal di Johor Bahru yang dulunya bekerja dengan gaji tidak sampai RM2,000 sebulan, tetapi selepas faham prinsip belajar “buat duit”, beliau mula berniaga cuci kereta secara sampingan selepas waktu pejabat dan hujung minggu untuk “test market” dikawasan perumahan rumahnya. Beliau cuci rumah ke rumah untuk beberapa bulan pertama hingga akhirnya berhenti kerja kerana pendapatan cuci kereta tersebut dapat memberi pendapatan :-

6 bulan pertama : 1 hari cuci 10 biji kereta, RM10 sebiji x 10 = RM100. RM100x6=RM600 seminggu dan RM600 x 4 minggu (sebulan)= RM2,400 sebulan.

Kemudian tawarkan untuk orang bayar secara pakej, RM50 sebulan dan setiap kereta dicuci 8 kali contohnya di dalam masa sebulan. Beliau hanya perlukan 100 kereta yang bersedia tempah pakej dan bayar “in advance” kepada beliau dan beliau dapat RM5,000 sebulan. Itu belum campur mereka yang ingin “polish” kereta dan bayarannya lebih tinggi. Beliau “buat duit” dari “tempahan” rumah ke rumah” kawasan perumahannya dengan jumlah bersih lebih RM10,000 sebulan.

Anda tahu apa jadi dengan dia selepas 6 bulan, beliau berhenti kerja dan beliau berjaya kumpul duit dan sewa tapak cuci kereta di stesyen petrol berdekatan rumahnya. Dan beliau juga ada pekerja yang cuci kereta rumah ke rumah untuknya. Jumlah keuntungannya berniaga kecil-kecilan ini mendapat keuntungan lebih RM120,000 pada tahun pertama.

Memanglah mula-mula penat untuk cuci kereta segala-bagai, memanglah memalukan jika ahli keluarga tengok engkau tu “lawyer”, penat-penat belajar tapi berniaga cuci kereta, itulah ikut lagi cakap “budak gemok” yang buat seminar tu…..

Well, cuba fikir, jika dia bekerja bertahun-tahun dan gajinya baru RM2,000 sebulan tetapi bila mula berniaga kecil-kecilan dengan mulakan secara sampingan dan mampu dapat RM5,000 sebulan, dan kemudian RM10,000 sebulan, bukankah dia berpotensi mendapat RM50,000 sebulan bila dia buka 5 pusat cuci kereta nanti? Beliau masih boleh kerja jika sayang sangat kerja dia sebagai peguam. RM50,000 sebulan bermakna setahun adalah RM600,000 setahun. Berapa kerat sahajalah jiran rumah kita yang buat RM600,000 setahun jika tidak berniaga? Dapat tk agaknya anda beri zakat atau sedekah lebih sedikit, dapat bawa mak ayah pergi umrah setiap tahun? Dapat kualiti hidup baik sedikit? Memanglah belum jutawan, tetapi Insya-Allah jika anda susunatur perniagaan ini dengan baik dan belajar pula bagaimana melaburkannya di dalam bidang hartanah dengan betul, Insya-Allah dalam masa 5-10 tahun, anda akan ada aset bernilai beberapa juta RM juga.

Semua ini banyak berlaku di dalam kelompok mereka yang berniaga bermula dari mikrobisnes atau kecil-kecilan. Masalahnya ialah mereka tidak akan suka-suka nak beritahu orang lain berapa pendapatan mereka dan bagaimana mereka buat duit. Lagipun kalau cakap pun, bukan semua orang nak tahu atau percaya. Dan persepsi ramai yang saya kenalpasti, mereka cakap berniaga kecil-kecilan macam tu, tak glamor, tak dapat pakai tali leher atau pakai baju batik pada hari tertentu. Padahal apa guna kerja glamor pada nama tapi banyak masalah kewangan, hutang kad kredit dan kereta berlambak, tidak ada kebebasan masa, pendapatan terhad dan tidak ada simpanan?

Kesusahan hari ini adalah untuk kesenangan dimasa depan. Saya berkongsi ini sebab saya dibesarkan dengan arwah ayah dulu kerja juruteknik di jabatan kerajaan dan mak saya bekas guru. Hidup kami tidak senang tetapi saya ada impian untuk memperbaiki hidup keluarga kami. Kegagalan saya dahulu telah banyak menjadi pengalaman kepada saya untuk membina beberapa buah perniagaan saya. Syarikat agensi pengiklanan saya merupakan syarikat akreditasi pengiklanan dan perunding strategi pengiklanan dan pemasaran untuk lebih 1,000 pelanggan korporat dan usahawan setiap tahun. Dan saya telah terlibat di dalam bidang ini sejak 2001. Dan 15 buah syarikat lain di dalam pelbagai industri termasuk pelaburan hartanah. Anda rasa saya mula di mana? Saya mula dari kecil-kecilan.

Saya rasa anak bangsa saya tidak perlu ulang kesilapan saya di dalam membina perniagaan. Dan saya rasa, semua pelajar universiti, lupakanlah hasrat untuk bekerja dengan orang lain, ini zaman teknologi dan anda boleh buat duit hatta ketika belajar lagi. Salah seorang peserta program saya yang saya jumpa baru-baru ini adalah seorwng suri-rumah dan pendapatan beliau dengan berniaga menggunakan strategi pemasaran yang kami kongsikan telah mencecah RM130,000 sebulan.

Untuk mulakan semua ini, anda hanya perlukan sedikit ilmu dan bertindak dengannya. Saya cadangkan anda mulakan dengan hadir sesi-sesi seminar atau klinik usahawan yang Richworks anjurkan secara percuma yang saya berikan kepada anda yang serius mahukan ilmu membina perniagaan dan kewangan. Contohnya Seminar Revolusi Fesbuk Power dan Seminar Wang Power, anda boleh mendaftar dan hadir percuma di FesbukPower.com dan WangPower.com. Atau jika anda bersedia untuk melabur duit untuk dapatkan ilmu perniagaan dan pemasaran yang lebih komprehensif, anda boleh mendaftar untuk program Advanced Marketing Power pada 10-12 Mei 2013 nanti, cuma program ini agak mahal dan saya tidak rasa ramai yang mampu.

Saya harap anda belajar sesuatu dari sharing saya kali ini dan jika rasa ia panjang sangat, saya tidak suruh atau paksa anda baca pun. Jika bagus, anda ambil sebagai panduan, jika tidak, then tak payah ambil.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk sebarang program latihan dan seminar kami, anda boleh hubungi 019/013-2442244/019-2442400.

Bukan semua orang percaya dan komited yang hidup mereka boleh diperbaiki, ramai orang lebih rela percaya yang mereka telah ditakdirkan hidup miskin atau “biasa-biasa” dan Tuhan mengikut sangkaan hambaNya.

Saya doakan anda lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkatiNya.

Saya tidak menjual seminar tetapi saya berkongsi formula bagaimana untuk memperbaiki kewangan anda bagi mencapai impian kejayaan dunia dan mudah-mudahan akhirat Insya-Allah.

P/S Samada kita berniaga atau bekerja, niatkan juga untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Mana datangnya redha Allah swt jika kita sedang bekerja tapi main facebook guna masa bekerja kita serta guna komputer serta internet majikan kita tetapi kutuk majikan kita?- AzizanOsman -


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sibuk-sibuk Sangat Berniaga ni...
Anda Yakin Isteri Anda Tak Tinggalkan Anda?
Tingkatkan Keyakinan Diri 150% Bila Berjumpa Dengan Isteri 

Psst! Walaupun dengan kain pelekat...

Herba ini mampu mengembalikan kekuatan seksual suami dan meningkatkan keyakinan, stamina suami ketika melakukan hubungan seksual dengan isteri anda. gabungan Safed Musli Ginseng, Tongkat Ali, Kucingan, Bunga Pakma mampu berikan stamina dan melambatkan pancutan, malah anda akan merasakan setelah pancutan zakar anda masih lagi keras dan boleh lagi membuat dayung tuk puaskan isteri
 Pm Sekarang!! atau Whatsup 018 263 7833 PM Maskulin Power

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...