Pages

Thursday, May 16, 2013

10 Tips Jadi Suami Mithali Idaman Isteri



Orang kata, kehidupan suami isteri itu sangat indah. Betulke? Yup, memang indah. Pengalaman mendewasakan. Pilihlah lelaki/wanita beragama, kerana kelak itu yang lebih membahagiakan. Kini Niera cuba kongsikan 10 Petua Menjadi Suami Mithali. Anda ada pendapat juga?

1.Berdoa Untuk Keluarga
Inilah keutamaan dalam rumah tangga. Saling mendoakan untuk pasangan. Biarpun seorang di rumah, seorang di tempat kerja, eratkan hati kalian dengan doa. Semoga cinta yang sedia ada bertambah erat dengan cara kita mendekatkan diri kita denganNYA .

2.Isteri Adalah Manusia
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan dan emosi. Apabila mereka bahagia dengan kehidupan mereka pasti hati mereka tenang dan happy. Jangan biarkan mereka tertekan degan apa jua situasi.

3.Dengar Pendapat Isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapa tak kira pendidikan atau profesionalisme mereka. Bincangkan isu semasa salah satu cara juga mencapai keharmonian. Kemudian, bincanglah hal rumah tangga dan masa depan. Jangan terlampau ego sehingga selalu merasakan diri kita betul. Ini dapat menambahkan rencah kebahagiaan dalam rumah tangga.

4.Beri Pujian Kepada Isteri
Part ni Niera paling suka. Siapa yang tak suka dipuji oleh suami tercinta? Orang perempuan lemahnya pada pujian. Pujian ni dapat menaikkan semangat dalam apa jua situasi. Jangan lokek untuk memuji kerana insan yang setia disampingmu jua antaranya dia .

5.Menganggap Pasangan Seperti Diri Sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati dan dicintai. Semua suka dibelai dan dikasihi terutama dalam pasangan suami isteri. Buktikan yang selepas kahwin, cinta anda bertambah mekar buat pasangan.

6.Ingat Tarikh Penting
Manusia suka dihargai bukan? Apakata sesekali 'surprise' kan isteri anda pada tarikh pnting bagi kalian berdua. Apa salahnya memberi hadiah buat insan tercinta kan? Hadiah tak mahal pun tak pe, asalkan kita sudi memberi tanda ingatan istimewa. Hati isteri ni cepat tersentuh tau dan akan lebih terharu bila anda menunjukka tanda penghargaan dengan menulis ' Terima kasih atas segala pengorbanan sayang selama ini '  :)
7.Penuhi Hajat Isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua tiga kali sebelu memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri ntuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri? Si isteri pun perlu faham dengan 'poket' suami. Jangan terlampau sangat ikutkan hati :)

8.Bantu Ringankan Tugas Isteri
Suami juga perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Kalau tak mahir dalam bab memasak makanan yang berat, cukup sekadar tolong potong sayur ataupun cuba menggoreng ikan. Pasti si isteri akan tersenyum.

9.Isteri Bukan Pembantu Rumah
Kebanyakkan suami anggap kerja rumah adalah 100% tugas isteri. Walhal dalam islam tidak ada hukum yang isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran islam mengatakan wanita berkahwin yang taat suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan baik akan dijamin syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita yang tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini. Kan berpahala tolong suami? :)

10.Bawa Isteri Berehat
Sang Isteri pasti gembira apabila anda cuba meluangkan masa berdua dengannya. Cuba bawa isteri anda berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan. Pasti si isteri akan menghargai saat manis itu !

Pesan Khidmat Masyarakat di bawa oleh Maskulin Power 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...