Pages

Saturday, May 25, 2013

Amalan Murah Rezeki



Hadis Nabi S.A.W~mencari rezeki halal dan mengelak daripada meminta sedekah

Rasulullah s.a.w bersabda:"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."Riwayat At-Tabrani


1) Setiap pagi sebelum anda mulakan sesuatu kerja, anda solat dhuha 2 rakaat (sekurang-kurannya) yang terbaik 8 rakaat sebaik-baiknya dilakukan 2 rakaat 1 salam.
Kelebihan : Kebanyakkan orang tidak sempat nak lakukan solat ini, kerana kurang pendedahan tentang kelebihannya...bayangkan di waktu pagi yang tenang ada seorang hamba Allah tengah bersolat sedangkan waktu itu ramai orang sedang sibuk dengan urusan masing-masing...solat dhuha ini mampu membuka pintu rezeki yang luas dan di rahmati OlehNya..diharapkan lakukan walaupun 2 rakaat.

2) Setiap pagi pasang CD mengaji Al-Quran selama 30 minit sehingga 1 jam. sebab apa? dengan memasang bacaan Al-Quran dapat membuka pintu rezeki perniagaan anda.
A'ah tegok Mydin setiap pagi mesti pasang Bacaan Al-Quran selepas 1 jam barulah ia tukar yang lain.kenapa anda tidak prektikan @ tiru cara Mydin buat.

3) Baca surah Al-Waqiah setiap malam-dirinya tidak akan ditimpa kefakiran.

4) Setiap pagi amalkan ini sepanjang perjalanan ke kerja atau memulakan sesuatu pekerjaan di awal pagi

hadiahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah,
hadiahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa,
hadiahkan Al-Fatihah kepada diri sendiri dan perjalanan hari tersebut.

---------------------------
Pesanan Khidmat Masyarakat dari http://www.facebook.com/maskulinpower

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...