Pages

Thursday, May 23, 2013

Lelaki Hensem Kena Tipu Awek Cun RM70k

bukan yang ini ....


Shah Alam: Gelap mata kerana ingin memiliki aset bernilai lebih RM50 juta, seorang lelaki berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian sehingga RM70,000 selepas melakukan transaksi wang 20 kali kepada beberapa wanita yang hanya dikenali melalui perbualan telefon bermula Ogos 2011 sehingga Februari tahun lalu.
Bagaikan dipukau, duda yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 47, melakukan transaksi pertama sebanyak RM3,000 kononnya bagi menampung kos perubatan seorang wanita misteri bernama Nur Heliza Helmi iaitu sepupu kepada seorang wanita lain dikenali Saodah di Hospital Singapura dan ia kemudian berlarutan kepada bantuan kewangan kepada Saodah.

Din berkata, Saodah sering mengadu mengenai masalah kewangan yang dihadapi menyebabkan dia yang bersimpati melakukan transaksi minimum RM5,000 kepada Saodah sebelum menyedari ditipu apabila wanita itu enggan berjumpa dengannya selain gagal membayar semula pinjaman itu.
Bagaimanapun, wanita itu memberi tawaran untuk memberi aset miliknya berharga RM50 juta sebagai membayar hutang dan membalas budi baik lelaki itu.

Beliau berkata, dia bersetuju dengan cadangan wanita itu tetapi pada masa sama terpaksa mengeluarkan wang lagi kononnya untuk kos pengurusan mahkamah bagi pemindahan hak milik aset itu.

Dia yang juga bapa kepada tujuh anak berusia antara tujuh hingga 20 tahun itu turut menggadaikan aset peribadinya seperti tanah, van dan motosikal bagi mendapat wang tunai untuk membayar kos pindah nama pemilik aset itu di mahkamah.

DIN menunjukkan laporan polis yang dibuat.
“Saya mula mengenali Saodah selepas mendapat satu mesej dalam laman sosial Facebook melalui adik saya yang menyatakan kawannya memerlukan bantuan kewangan akibat kanser serta memerlukan rawatan segera. Atas dasar simpati itu saya bersetuju membantu.

“Kami tidak pernah berjumpa kecuali mengadakan perbincangan melalui telefon. Akibat kesempitan wang, saya menuntut Saodah untuk membayar semula wangnya bagaimanapun dia menawarkan penyerahan aset hartanya sehingga saya bertindak menjual semua aset peribadi bagi menampung kos pengurusan mahkamah,” katanya ketika ditemui di Balai Berita NSTP Bukit Jelutong di sini, semalam.

--------------------------------
Bro lain kali hati-hati..jangan sesekali tamak...macam anjing dan bayang2, mana ada dapat aweks cun dengan duit sekali, pilih salah satu...
Tingkatkan Keyakinan Diri 150% Bila Berjumpa Dengan Pasangan Anda

Psst! Walaupun poket kosong dan tak hensem

Herba ini mampu mengembalikan kekuatan seksual suami dan meningkatkan keyakinan, stamina suami ketika melakukan hubungan seksual dengan isteri anda. gabungan Safed Musli Ginseng, Tongkat Ali, Kucingan, Bunga Pakma mampu berikan stamina dan melambatkan pancutan, malah anda akan merasakan setelah pancutan zakar anda masih lagi keras dan boleh lagi membuat dayung tuk puaskan isteri


Pm Sekarang!! atau Whatsup 018 263 7833











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...