Pages

Saturday, June 8, 2013

17 Tips Fotografi

Hari ini saya ingin berkongsi satu teknik yang pada saya amat mengujakan dan menarik. Dan sebenarnya dalam kebanyakan potret yang diambil secara professional, perkara ini amat dititikberatkan. Perkara ini adalah Catch lights, atau kilauan mata.
  1. Catch light adalah satu sumber cahaya yang menyebabkan kewujudan satu bentuk kilauan cahaya pada mata dalam gambar. Kadang kala ini juga dirujuk sebagai eye  lights.
  2. Catch light mungkin satu hasil penggunaan sesuatu sumber cahaya
  3. Catch light juga mungkin sengaja diletakkan supaya kelihatan dalam gambar
  4. Menambah catch light boleh menarik perhatian penonton kepada mata subjek.
  5. catch light tidak sama seperti red-eye. Red eye adalah kesan yang selalunya tidak diingini.
  6. Mata dalam potret, sekiranya tidak mempunyai catch light, mungkin kelihatan kurang bermaya atau tidak nampak berapa hidup.
  7. Watak antagonist dalam filem juga selalu tidak diberikan catch light supaya menambahkan rupa jahat mereka.
  8. Menambah eyemore dalam mata boleh menambahkan kilauan catch light.
  9. Bentuk catch light selalunya dikawal supaya kelihatan nampak menarik
  10. Reflector bulat memberikan bentuk catch light yang bulat
  11. Softbox memberikan catch light yang berbentuk kotak
  12. Ring light memberikan catch light yang berbentuk… errr macam cincin lah.
  13. Window light memberikan catch light yang besar dan menawan
  14. Anda juga boleh menggunakan kertas putih kosong untuk memberikan catch light
  15. Ada lima perkara yang penting dalam menghasilkan catch light iaitu specularity (kilauannya), bentuknya dan tiga lagi elemen yang sangat penting.
  16. Penggunaan flash juga boleh memberikan catch light yang baik asalkan kita tahu cara dan tekniknya. Untuk mempelajari teknik menggunakan flash yang efektif, yang boleh memberikan hasil lebih baik, jangan lupa daftar dalam kursus fotografi penataan cahaya dan flash.
  17. Arah letakan catch light juga sangat penting. Biasanya kita letakkan catch light ini pada sudut tertentu dalam mata dan cara mengawalnya pun tidak sukar.  Dapatkan tips tips ini dalam kursus fotografi penataan cahaya dan flash yang diadakan setiap bulan di pusat latihan fotografi saya.
IMG_5923
Catch light dari penggunaan speedlight
Catch light saiz kicik juga
Catch light saiz kicik juga guna reflector yang jauh. Jgn lupa support zully dengan membeli produk shaklee dari beliau. :D :D
Sedikit catch light pada mata pun dah boleh ubah dari zomba kepada lebih bernyawa.
Sedikit catch light pada mata pun dah boleh ubah dari zomba kepada lebih bernyawa.


nadiah
Catch light yang ada sedikit off… boleh diperbaiki dengan mengubah sedikit letakkannya. Pelajari ini dalam kelas penataan cahaya dan flash
Terima kasih kepada semua sahabat sahabat pembaca blog yang sudi meluangkan masa membaca tips ini.


http://adhadi.com




 Tajaan

SMS/Whatsup/Line/We Chat 018 263 7833 / SMS 013 308 4906 <MASKULIN> PM http://www.facebook.com/maskulinpower

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...