Pages

Wednesday, June 19, 2013

10 Cara Halus Layan Isteri




Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Nisa (ayat 19) : “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” Seorang suami wajib melayani isterinya dengan perilaku yang baik & menuruti kehendak isteri sesuai dengan syarak.

10 cara untuk suami melayan isteri dengan kasih sayang:

1) Suami hendaklah bersikap romantik terhadap isterinya. Rasulullah S.A.W sering mengucup isteri dengan penuh rasa kasih sayang. Pujuklah isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego & ringankan lidah untuk meminta maaf walaupun bukan kesilapan suami.

2) Hormatilah isteri & ambil berat akan dirinya. Kesibukan suami di luar rumah mencari nafkah membuatkan lupa bahawa isteri memerlukan belaian suami. Rasulullah S.A.W juga pernah menasihati para sahabat agar jangan terlalu menyibukkan diri dengan ibadah sehingga mengabaikan tanggungjawab melayani isteri dengan baik.

3) Tegur dengan bijak & berkasih sayang jika isteri melakukan kesalahan, bukannya dengan cara deraan. Tegur dengan cara bergurau senda adalah lebih baik. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,  kasih & lemah lembut terhadap isterinya.”

4) Jangan bandingkan isteri dengan perempuan lain walaupun ibu sendiri. Ini akan menimbulkan rasa kecil hati & tidak dihargai pada isteri. Allah S.W.T melarang keras bagi suami yang menyamakan isteri mereka dengan muhramnya sebab isteri bukanlah orang yang melahirkan mereka.

5) Pandang muka isteri ketika saling berkomunikasi agar isteri tahu yang suami beri perhatian pada setiap luahannya. Raut wajah suami boleh menggambar pelbagai makna & mempengaruhi suasana hubungan suami isteri.

6) Bekerjasama dalam melakukan kerja rumah & menjaga anak. Isteri akan menjadi lebih ceria & positif jika suami tidak melepaskan semua tanggungjawab kepadanya. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Jika Rasulullah S.A.W berada di rumah, baginda selalu membantu urusan rumahtangga.”

7) Jangan kedekut dengan isteri. Sudah menjadi kewajipan bagi seorang suami memberi nafkah untuk ahli keluarganya berupa makanan, pakaian, tempat tinggal & segala keperluan isteri. Memberi nafkah kepada isteri serta keluarga mempunyai keutamaan yang besar di sisi ALLAH S.W.T.

8) Elak menjadi seorang suami yang pengotor & penyepah. Isteri juga ingin melihat pasangannya memiliki penampilan yang menarik sebagaimana suami inginkan isteri yang anggun dimatanya. “Sesungguhnya ALLAH itu Maha Indah dan menyukai keindahan.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 91.

9) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu perbincangan suami isteri. Jangan sisihkan isteri walaupun perkara itu kecil atau remeh kerana isteri lebih teliti dalam hal-hal remeh.

10) Layanilah keperluan seks isteri. Janganlah suami hanya memikirkan kepuasan diri sendiri tanpa memastikan isteri juga sudah mencapai klimaks. Sabda Rasulullah S.A.W: “Dan pada hubungan kelamin kamu semua (bersama isteri) merupakan sedekah.”

Contohilah sunnah Rasulullah S.A.W  kerana pada diri baginda terdapat contoh tauladan yang terbaik.

Itu adalah cara halus bagaimana nak puaskan isteri....selain dari cara yang utama puaskan di tempat tidur....


 Anda Yakin Isteri Anda Tidak curang? 
Pengambilan herba ini dapat tingkatkan stamina, tenaga supaya anda dapat lakukan hubungan seksual dengan lebih lasak, lama dan bertenaga seperti gaya orang gagah dan muda. Jaminan KMM dan Halal
berminat pm/whatsup/line/wechat/ 018 263 7833 atau sms 013 308 4906 <rimba>
info lebih klik http://bit.ly/16tV4WQ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...