Pages

Friday, June 21, 2013

Imam Penipu Orang Pegi Umrah RM36,160


Lewat petang  semalam saya bersama penduduk Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor, Haji Nawawi Haron dan Haji Johari Saad  ke Setapak,  Kuala Lumpur bertemu ejen syarikat pengelola umrah,  kini gagal  mengembalikan kembali wang dibayar  oleh pelanggan.


Haji Samsu  Awang,  63 tahun dan rakannya,  menyambut kedatangan kami bertiga.


"Tujuan  kami datang ke sini  untuk   mendapatkan kembali wang RM36,160. Tempoh saya berikan,  seminggu  selepas 13  Jun lalu,"  Johari  membuka bicara sedikit  lantang.

"Saya telah membuat laporan polis sebab semua duit dikutip daripada 23 pelanggan, berjumlah RM98, 650 saya serahkan  kepada syarikat  pengelola  umrah di The Strand,  Kota Damasara. Salinan resit,  saya berikan  kepada setiap  pelanggan menjelaskan bayaran," balas Samsu.  

 

Sumber : Mingguan  Wanita (Bil 1452, muka surat 114)


Saya   memaklumkan  bekas anggota  tentera itu  berhubung  kes peguam,  Azmahanim Azman  Shah, 29 tahun,  berjaya menuntut  semula  semua wang dibayar, RM32,800  daripada  syarikat terbabit. 

Pembayaran  diuruskan  oleh  lelaki bergelar Ayahanda Paduka Dato.

Baca  entri terdahulu di sini.

"Tidak semua ejen sudi bertemu mangsa  tetapi saya ucapkan terima kasih kepada haji  kerana  masih berhubung dengan mereka.  Saya datang ke sini  untuk mendapatkan berita daripada  kedua belah pihak,  mangsa dan ejen,"  ujar saya kepada Samsu.  

Imam masjid,   Samsu  kemudian  menunjukkan kepada saya salinan laporan dibuat  pada 18 Jun  lalu  di  Ibu Pejabat  Polis Daerah Kajang.


"Tujuan  saya,  memohon pihak polis  melakukan  siasatan dan mengambil tindakan kerana saya dan jemaah ctelah ditipu cmembabitkan  wang RM98,650. Semalam,  saya dipanggil oleh polis untuk  diambil keterangan oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Petaling Jaya, Inspektor Rosmalia. Kami juga  membuat laporan di Kementerian Pelancongan setelah mengetahui syarikat terbabit tidak mempunyai lesen mengendalikan  umrah. Kami kemudian mendapatkan  borang tuntutan  Tribunal  Pengguna,  Kementerian  Perdagangan Dalam  Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  untuk menuntut  kembali  wang pelanggan," jelas Samsu.

Saya  mendapat maklumat sahih,  pejabat syarikat terbabit dokumen syarikat terbabit telah disita oleh kakitangan Kementerian Pelancongan sebanyak 3 kali pada Mac 2013.


Pemilik syarikat,  wanita  mendakwa berstatus 'Dato Paduka'  menghebahkan  lelaki  bergelar Ayahanda  Paduka Dato,  abangnya tetapi melalui maklumat saya perolehi nama ayah mereka,  tidak sama.

"Saya kenal  Ayahanda  Paduka  Dato itu.  Saya rasa gelaran diberikan  oleh satu pertubuhan  bukan  kerajaan, NGO.   Dia  tinggal  di taman saya di  Negeri  Sembilan  dan kami berkongsi surau.  Pernah sekali dia  menjadi  penceramah di surau sama,"  celah rakan Samsu  (gambar di bawah).


Apapun,  lelaki berambut putih bergelar Ayahanda Paduka Dato itu bukan ahli Pekida, klik di sini

"Setiap  hari  saya menghantar pesanan ringkas, SMS  kepada kepada  pemilik syarikat  . Tadi pun ada  tetapi dia  membalas SMS kononnya  pegawai operasi dia  baru balik  dari Kedah. Pegawai itu  tinggal di Kota Damansara. Pekerja  di  pejabat memberitahu saya,  lelaki itu  suami wanita itu.  Wanita sama menggunakan  banyak nama, Mama Rock,  Mummy Zie, Atie,  Haryati.  Laporan polis dibuat untuk melindungi saya kerana saya mempunyai semua salinan resit, dia menerima wang pelanggan," ujarnya.

Syarikat  terbabit  juga pernah mendesak  Samsu menyerahkan wang pakej  haji berjumlah kira-kira RM39,000,  milik 3 pelanggan namun  dia tidak mengikut  arahan  dikeluarkan kerana berasa telah  diperdaya.

"Apabila  media telah  menyiarkan kes syarikat kaki belit ini, tentunya  saya tidak akan menyerahkan wang itu. Sekarang ini, saya berasa amat tertekan, kekadang bila mengimamkan sembahyang di masjid,  saya terkeliru tatkala  membaca ayat lazim.  Kenapa? Sebab  fikiran saya terganggu akibat masalah ini,"  ujar Samsu,  anak kelahiran Gurun, Kedah.

Daripada  riak wajahnya,  ternyata dia amat kecewa.

Secara peribadi,  saya berasa  simpati kepada mangsa dan ejen,  kerana mereka berstatus mangsa.  


Samsu  kemudian menunjukkan kepada kami,  surat  perlantikannya  sebagai  wakil pemasaran  ditandatangani  oleh  pengurus besar syarikat kini  pejabat  beroperasi tanpa papan tanda. Sejak beberapa hari lalu,  satu daripada dua pejabat di Kota Damansara ditutup.

"April lalu saya menguruskan  67  pelanggan ke Mekah melalui syarikat sama. Sehingga sekarang,  upah saya tidak dibayar. Dua daripada  semua  pelanggan tidak mempunyai mahram dan  saya cuba menuntut wang mereka kembali,  berjumlah RM8,900  tetapi gagal. Untuk pengetahuan Mazidul,  wang  Nawawi dan Johari dikutip lebih awal.  Waktu itu saya tidak mengetahui kegiatan penipuan syarikat itu," ujar Samsu berkopiah putih.

Tambahnya,  wanita  berasal  dari Teluk Intan, Perak,  hampir sebulan menunggu  berhampiran rumahnya  kerana masih menaruh harapan untuk  terbang ke Mekah.


"Saya menganggarkan kira-kira 1,500 wang  pelanggan tidak dikembalikan setakat ini, bernilai  lebih kurang RM6 juta. Pemilik syarikat itu pernah memarahi isteri saya.  Dia berkata, susah membawa orang  pandai mengerjakan umrah, kalau orang kampung lebih mudah, sewaktu kami mula membuat tuntutan bayaran balik," terang Samsu.

"Sebelum ini,  wanita sama bercakap  kepada kakitangan dia,  jika timbul  persoalan,  jawab sahaja,  ini tidak  membabitkan hukuman  bunuh," celah Nawawi. 


Samsu  kemudian  menyerahkan nama dan nombor  telefon 6 ejen  lain turut sama  ingin menuntut   wang  lebih 100  pelanggan  gagal terbang untuk  mengerjakan umrah.

"Selain  daripada  penoreh getah,  doktor,  imam,  ustaz,  polis,  adik mufti,  kakitangan  kerajaan  turut kerugian,"  tambah Nawawi.

Melalui  maklumat  disalurkan  oleh mangsa dan ejen,   saya telah mengetahui butiran terperinci wanita pemilik syarikat  pengelola  umrah tanpa lesen itu.  Wanita  terbabit  berasal dari Perak,  berusia 52 tahun dan  dilahirkan pada 16 September (Hari Malaysia). Saya juga dimaklumkan dia pernah bertugas sebagai pegawai perhubungan awam, kumpulan rock terkemuka di negara kita.

"Di pejabat dia bertudung  litup tetapi saya pernah  terserempak dengan dia tanpa bertudung, berambut  merah dan berbaju  ketat.  Sebaik terlihat saya,  dia pantas melarikan diri," dakwa  Nawawi.

Mangsa  juga  mengetahui  tempat  tinggal  wanita itu dan  anaknya mentap di Selayang. Setakat ini  semua mangsa masih mampu  bertindak secara rasional. 

Oleh itu  saya menasihatkan kakitangan  pengurusan  tertinggi syarikat  itu  agar berbincang bersama  pelanggan  dan  kemudian memulangkan kembali wang  mereka.  Pada masa sama, usah menggunakan lelaki kononnya berstatus 'Ayahanda Paduka Dato' itu untuk berurusan  dengan  pelanggan  membuat tuntutan.  

Sikap profesional itu amat dihargai. Jika masih  berdegil,  saya percaya LEBIH  ramai  mangsa  kerugian  bakal  membantu membongkar  belang  syarikat  terbabit sekaligus menelanjangkan  identiti  pihak pengurusan. 

Gambar  kakitangan syarikat terbabit  dimiliki oleh mangsa dan  ejen,  cuma buat masa ini saya meminta mereka  agar bersabar,  tidak memaparkan wajah  terbabit  di media sosial. Jika  dimuatnaik di Facebook,  pasti mereka menjadi seperti cacing kepanasan. Wang mereka tidak mereka serahkan  kembali itu,  milik majoriti orang susah. 

Jangan  menzalimi  bangsa sendiri dan seagama.

Apapun,   semua mangsa dan ejen  kes  ini  diminta  menghadiri  perjumpaan  anjuran sebuah badan bukan kerajaan  pada jam  11 pagi,  Sabtu,  22 Jun di No  37  Jalan PPH 2/12  Taman Pelangi 2,  Semenyih,  Kuala Lumpur.

Jika  mangsa  gagal  membuat  tuntutan wang,  ingin berkongsi  kisah duka  mereka bersama saya,  sila Whatsapp 019 244 5354 atau hantarkan emel ke mazidulakmal@yahoo.com.


Kepada semua pembaca,  mohon sebarkan kandungan entri ini  di media sosial, Twitter, Blog dan Facebook.  Bersama kita membantu umat Islam diperdaya. - bersama mazidul


Tajaan Atikel
  Iklan
 Vimax herba kuat lelaki dari Canada 
Terbukti keberkesanannya...
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 / sms 013 308 4906  <vimax>

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...