Kulit bersih dan mulus bukan hanya dambaan wanita, ada juga jejaka yang pentingkan keterampilan diri lebih daripada si gadis. Yang diketahui adalah mereka yang tergolong dalam kelompok lelaki metroseksual.
Antara ciri jejaka metroseksual adalah penampilan menarik terutamanya gaya dan peribadi diri. Jejaka metroseksual juga tidak terbatas pada usia tertentu saja.
Secara ringkasnya, kelompok lelaki ini sangat mementingkan kecantikan dan penampilan diri. Mereka kebiasaannya terdiri daripada golongan anak muda yang tinggal di ibu kota dan menjawat jawatan tinggi, hidup mewah, mencintai fesyen, melakukan perawatan wajah dan tubuh badan. Namun bagaimana pula sekiranya seseorang lelaki itu tidak tergolong dalam kumpulan metroseksual tetapi tetap bersolek setiap hari?
Bukan sebab cemburu
Mungkin agak janggal bagi sesetengah orang jika isu ini dibincangkan. Tak dinafikan, mungkin ia juga nampak remeh bagi pandangan ‘lelaki tulen’. Mentaliti manusia pada hari ini sudah berubah dan bagi penulis, ia sedikit sebanyak dipengaruhi persekitaran.
Bahkan, ada tinjauan dilakukan membabitkan lebih 1,000 lelaki di London mendapati seorang daripada setiap empat lelaki menggunakan pelembap muka dan dua daripada setiap lima lelaki menggunakan pencuci muka untuk menjaga kulit terutama bagi mengelakkan kelihatan tua. Fenomena ini berlaku di mana-mana saja seluruh dunia.
Jika kita melihat orang lain mempunyai kulit muka cantik dan nampak bersih, sudah tentunya kita juga mahu kelihatan sama. Tak kisahlah sama ada lelaki atau wanita, perasaan itu pasti akan terdetik. Justeru, itulah luahan yang dikongsi oleh kelompok jejaka feminin ini.
Tambah keyakinan diri
Biasanya, lelaki tulen dilabel sebagai individu yang tidak terbabit dengan apa saja perkara atau perlakuan yang dilakukan wanita. Mungkin persepsi itu kini semakin berubah seiring peredaran zaman.
Jika difikirkan kembali, ramai lelaki bahkan selebriti menjaga penampilan diri untuk tampil menarik. Wajah dirias rapi dan disapu bedak asas lengkap dengan pelembap bibir dikatakan mampu membuatkan diri rasa lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai.
Sebagai contoh, pemain bola sepak terkenal David Beckham dikatakan ke spa serta lakukan rawatan muka sehari sebelum mengahwini isterinya, Victoria. Selain itu, Brad Pitt juga dikatakan memakai pengilat kuku untuk kelihatan berseri sebelum menikahi bekas isterinya, Jennifer Aniston.
Beberapa jejaka berpendapat, sebab utama solekan asas seharian perlu untuk buatkan diri rasa bersemangat dan tidak malu untuk bersemuka dengan orang lain. Bayangkan kulit muka berminyak selepas seharian bekerja dan pada malamnya pula ada janji temu dengan kekasih, meskipun tidak memakai solekan tebal, bedak asas sudah cukup untuk tingkatkan kembali tahap yakin diri.
Tahu kesesuaian
Lelaki bersolek selalunya tahu apa kehendak mereka. Dalam situasi ini, mereka akan bertindak seperti wanita dengan memilih ‘senjata utama’ iaitu bedak asas yang kena dengan warna kulit.
Selalunya kelompok lelaki ini hanya memilik bedak di dalam tas tangan. Jarang sekali pelembap bibir, maskara atau pemerah pipi diusung sekali dalam beg. Jika itu berlaku, mungkin si dia terarah untuk menjadi wanita jadian.
Kesemua perilaku ini dilakukan atas rasa tanggungjawab untuk jadikan diri terbaik dalam komuniti. Mereka dilihat begitu prihatin dan mengambil berat serta sayang diri sendiri, tak ketinggalan juga ada yang ‘advance’ dengan mengikuti perkembangan alat solek terkini di pasaran.
Kawan penulis yang mahu dikenali sebagai Ary berkata, setidak-tidaknya dua minggu sekali dia melakukan perawatan wajah. Katanya, tak ada salahnya lelaki melakukan perawatan wajah seperti dilakukan wanita. Keinginan untuk memilik kulit bersih tidak hanya pada wanita.
“Kulit bersih tidak ada hubungannya dengan sifat atau keliru jantina. Buktinya, isteri saya tidak melarang dan suka dengan penampilan kulit saya lebih bersih dan tidak berminyak. Malah dia terbuka untuk cadangkan bedak atau pencuci muka terbaik untuk saya,” katanya.
Lelaki Korea suka solek
Ada sumber menyatakan, lelaki di Korea cenderung untuk menyolek wajah sebelum ke pejabat. Mereka berpendapat, lelaki perlu untuk sentiasa tampil dengan wajah yang berseri dan menarik untuk meningkatkan prestasi kerjaya. Memiliki wajah bersih dan licin membuatkan diri dalam keadaan baik.
Bukan itu saja, golongan lelaki yang mementingkan solekan wajah juga akan membawa kotak kecil atau beg yang penuh dengan alat solekan setiap hari ke mana saja mereka pergi. Yang pasti, mereka akan singgah kerap ke tandas untuk menyolek wajah pada waktu tertentu.
Pakar kajian di Universiti Nasional Australia mendakwa, di Korea, fenomena lelaki bersolek semakin meningkat adalah kerana ia menjadi penanda aras kejayaan seseorang lelaki. Dahsyat! Oleh Shuhada Mansor
Penaja
Jahitan sulaman topi akan menjadi lebih mudah sekirannya menggunakan mesin sulam. Harga topi boleh mencecah RM2, tapi bila kita beli topi yang sudah siap di sulam boleh dijual dalam harga RM25-RM30.
Margin yang tinggi. Anda juga boleh belajar cara menjahit sulaman topi dengan mudah. Khidmat training secara percuma diberikan kepada sesiapa yang berminat.
We accept embroideries orders and an authorized agent to sell Happy machine
Call/Whatsup/SMS/Line/WeChat/Kakao 018 263 7833
SMS 013 308 4906
No comments:
Post a Comment