Pages

Wednesday, July 3, 2013

Kubur Misteri

Seram! Kubur Misteri Tidak Ikut Arah Kiblat Ditemui | Ramai yang menganggap kawasan perkuburan sebagai sebuah kawasan yang seram. Tidak hairanlah banyak cerita-cerita hantu ditimbulkan yang mengaitkan dengan kawasan perkuburan. Kita pun lalu di kawasan kubur pada waktu malam, memang mengundang rasa takut. baru-baru ini, KisahBest.My difahamkan seorang lelaki menemui sebuah kubur misteri yang tiba-tiba wujud di kawasan perkuburan berkenaan. Apa yang lebih merunsingkan lagi, kubur berkenaan disahkan tidak menghadap kiblat. Wah, apa cerita ini?



duduk di Kampung Sungai Baru, Gunung Keriang, dekat sini, gempar berikutan penemuan satu kubur misteri di kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Hidayatul Solehin, Sungai Baru Gunung.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penggali kubur, Harun Abdullah, 62, menemui sebuah kubur mencurigakan ketika dia hendak menjalankan kerja menggali liang lahad.

“Pada 18 Jun baru-baru ini ada orang meninggal dunia, jadi pakcik pergi ke tanah perkuburan seperti biasa untuk melakukan kerja yang diperlukan termasuklah mengenalpasti lokasi bersesuaian.

“Namun, ketika sedang mencari lokasi berkenaan, secara tiba-tiba pakcik melihat satu kubur yang tidak pernah ada sebelum ini, pelik dengan kemunculan secara tiba-tiba itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Harun berkata, kubur berkenaan kelihatan masih baru, malahan terdapat sejambak bunga yang hampir layu di atas kubur itu.

Menurutnya, berdasarkan pengamatan dan pengalamannya menjaga tanah perkuburan itu selama 10 tahun ini, kedudukan kubur misteri berkenaan berada di kawasan asing, sedangkan jika sesiapa dikebumikan, dia mengetahui lokasinya.

“Bimbang kewujudan kubur misteri terbabit mempunyai unsur mencurigakan, saya terus memaklumkan perkara ini kepada Imam masjid untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Imam Masjid Hidayatul Solehin, Hassan Ahmad, 83, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara terbabit kerana sedia maklum jika ada kematian pastinya dimaklumkan kepadanya.

”Jika berlakunya kematian di kampung kami, maka akan diadakan bacaan doa mahupun talkin. Namun, kali ini tanpa ada sebarang sembahyang jenazah ataupun doa, muncul kubur entah datang dari mana secara tiba-tiba.

“Kemudian saya bersama sebahagian kariah masjid bergegas ke lokasi kubur misteri terbabit dan terkejut melihat sebuah kubur misteri berada di kawasan berkenaan malah langsung tidak menyangka penemuan itu,” katanya.

Katanya, kubur bertulis nama Firdaus Alif Wong berkenaan menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kerana bukan sahaja dipercayai tidak mengikut arah kiblat malah seakan-akan baru digali. – Sinar Harian


-------------------------


Pesanan Penaja
Anda Yakin Anda Kekal Sihat Bertenaga tuk kebahagiaan Rumahtangga? 
Pengambilan herba ini dapat tingkatkan stamina, tenaga supaya anda dapat lakukan hubungan seksual dengan lebih lasak, lama dan bertenaga seperti gaya orang gagah dan muda. Jaminan KMM dan Halal
berminat pm/whatsup/line/wechat/ 018 263 7833 atau sms 013 308 4906 <rimba>
info lebih klik http://bit.ly/16tV4WQ


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...