Pages

Monday, July 22, 2013

Rahsia Alam Roh

Alam roh merupakan titik bermulanya pengembaraan manusia sebelum menempuh alam-alam yang seterusnya. Masih ramai dalam kalangan kita yang tidak pernah ambil tahu akan kewujudan alam roh. Oleh itu, rahsia disebaliknya akan didedahkan untuk kesedaran kita semua. Alam roh merupakan tempat berkumpulnya roh-roh di mana manusia tidak mempunyai jasad. Tidak ada jantina lelaki ataupun perempuan. Bagaimana keadaan kita pada masa itu? Sangat sedikit yang kita ketahui berkenaan dengan alam roh itu. Firman Allah S.W.T:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً

Maksudnya: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja." [Surah Al-Isra' ayat 85].

Tetapi apa yang pasti semasa berada di alam roh, manusia sangat rapat dengan Tuhan. Sehinggakan pengakuan ini dicatat di dalam Al-Qur'an. Firman Allah S.W.T:


وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتَ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ

Maksudnya: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi." Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." [Surah Al-A'raf ayat 172].


Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui akan keesaan Allah S.W.T sebagai Robb (Tuhan yang menciptanya). Pada ketika itu juga roh telah berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai di antara manusia dengan Allah sehinggakan manusia sanggup memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi.


"Walaupun semua makhluk lain menolak untuk memikul amanah ini, tetapi manusia pula sebaliknya dengan menyatakan kesanggupannya untuk memikul amanah tersebut."


Dan kesediaan inilah menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar serta memberi kesan kepada kehidupannya sendiri. Firman Allah S.W.T:


إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ
ظَلُوماً جَهُولاً

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan (jahil)." [Surah Al-Ahzab ayat 72].


Tidak diketahui berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya, setiap manusia mengambil giliran masing-masing untuk diturunkan ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi dari generasi ke generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala-gala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa boleh terjadi hal sedemikian?


Memang logik manusia sudah lupa kerana alam roh itu sudah begitu lama manusia tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku setahun atau sebulan mahupun seminggu yang lalu pun manusia boleh terlupa, inikan pula entah berapa ratus atau ribu tahun sudah manusia tinggalkan alam roh tersebut? Wallahua'lam. Semoga kita dapat ambil pengajaran mengenai kehidupan kita semenjak di alam roh dahulu.

nukeufo89





Sunday, July 14, 2013

Gambar Bergerak Kaedah Cinemagramming



Gambar-gambar ini di ambil dari fotografi professional menggunakan cinemagram apps. Cantikkan...
Gambar yang simple membuatkan kita rasa nak tengok beberapa kali tak nak lepas pandang. Ia lebih mudah di lihat menggunak video. Setakat ini hanya dapat dilihat secara bergerak menggunakan desktop saja..
Penaja 

Jahitan sulaman topi akan menjadi lebih mudah sekirannya menggunakan mesin sulam. Harga topi boleh mencecah RM2, tapi bila kita beli topi yang sudah siap di sulam boleh dijual dalam harga RM25-RM30.
Margin yang tinggi. Anda juga boleh belajar cara menjahit sulaman topi dengan mudah. Khidmat training secara percuma diberikan kepada sesiapa yang berminat. 






We accept  embroideries orders and an authorized agent to sell Happy machine
Call/Whatsup/SMS/Line/WeChat/Kakao 018 263 7833
SMS 013 308 4906

Friday, July 12, 2013

Tips Penjagaan Kulit Lelaki





1. Sabun buku bukan untuk wajah

Lelaki mempunyai kulit berminyak kira-kira 15 peratus melebihi wanita. Pori besar membenarkan segala kekotoran meresap ke dalam kulit. Usah malas mencuci muka menggunakan pembersih wajah yang betul. Elakkan penggunaan sabun buku untuk badan pada wajah. Begitu juga dengan syampu dan krim pencukur, pastikan anda mempunyai sabun khusus untuk setiap perkara.


2. Krim pelindung matahari

Disebabkan kebanyakan lelaki banyak menghabiskan waktu dengan aktiviti luar pejabat, kulit mereka mudah terdedah pada cahaya matahari. Bagi mengelak diserang masalah warna kulit tidak sekata, jangan ragu-ragu menggunakan krim atau losyen pelindung matahari setiap hari.


3. Pelembap rambut

Langkah yang sering ditinggalkan jejaka ialah merapi rambut selepas menggunakan syampu. Tiada salahnya merapi rambut sebanyak dua kali seminggu (bergantung pada jenis rambut) kerana ia penting bagi mengekalkan kelembutan tekstur rambut. Ia juga mampu menyingkirkan minyak berlebihan pada akar kepala sekali gus mengurangkan risiko rambut gugur.


4. Pemakaian

Pilih baju yang diperbuat daripada fabrik kapas yang ringan bagi mengurangkan peluh. Rapikan bulu ketiak secara berkala kerana ia boleh mengundang bau badan yang tidak menyenangkan. Pakaian juga perlu digosok terutamanya persalinan formal. Baju yang berkedut-kedut melambangkan keperibadian lelaki yang tidak ‘taat’ pada kebersihan dan kekemasan.


5. Potong kuku

Kuku sering dipandang remeh jejaka. Mereka hanya memotong kuku tangan apabila ia benar-benar panjang, manakala kuku kaki mungkin dirapikan sebulan sekali. Beri penekanan pada kebersihan kuku kerana ia terdedah pada bakteria hampir setiap saat. Kuku kaki khususnya, hampir separuh hari ia diliputi stokin dan kasut, banyak kekotoran terkumpul sekali gus menyumbang pada masalah kaki berbau.


6. Bercukur

Hampir semua lelaki perlu bercukur. Perapian misai dan janggut perlu agar penampilan sentiasa tampak kemas. Jangan sekali-kali bercukur tanpa krim yang betul kerana ia boleh mencederakan kulit. Mesin pencukur yang tepat juga memainkan peranan bagi membentuk gaya yang diingini. Selepas bercukur, aplikasikan ‘after shave’ yang bertujuan mengurangkan kerengsaan.


7. Cucian malam

Selepas seharian bekerja atau melakukan riadah malam, ramai lelaki mengabaikan kepentingan mencuci wajah dan rambut sebelum tidur. Kekotoran dan minyak yang tertinggal pada wajah dan rambut perlu disingkirkan agar ia tidak merosakkan kedua-dua bahagian itu saat anda melelapkan mata.


8. Flos gigi

Walaupun anda dikurniakan wajah kacak, namun bau nafas yang kurang menyenangkan bakal memberi impak negatif pada penampilan. Menggosok gigi dua kali sehari tidak mencukupi. Pastikan anda flos gigi sekurang-kurangnya sekali sehari bagi mendapatkan nafas segar, gigi putih dan gusi yang sihat.


9. Agen pengelupasan

Struktur kulit jejaka diakui agak kasar berbanding perempuan. Bagi mengatasi masalah itu, rajinkan diri memakai ‘masker’ atau menjalani rawatan wajah sebulan sekali. Proses itu mampu menghapuskan sel kulit mati yang terbentuk di permukaan kulit.


10. Senaman dan pemakanan

Sukan atau senaman sudah sebati dengan karakter lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana majoriti mereka memang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bagaimanapun, bagi jejaka yang kurang memberi perhatian pada kepentingan senaman, sudah tiba masa untuk anda mengubah cara hidup. Riadah ringan tiga kali seminggu cukup untuk membekalkan kecergasan dan mengekalkan bentuk badan ideal. Begitu juga dengan pemakanan, kadar metabolisme lelaki diketahui memang tinggi berbanding wanita. Ketahui kalori diperlukan badan anda dan makan mengikut jadual pemakanan yang betul dan seimbang.




Penaja





Testimoni dari emel

Saya memang seorang yang tak suka telan pil2 ni, takut sebab tak biasa .... tapi saya perlukan something tuk kasi tahan lama, jantang gel ni ok!! terbaik....sedap rasanya dapat tahan lama - anonymous

Aku kalau nak urut memang guna jantan gel ni, minyak lain rasa tak sedap...jantan gel rasa senang tegang, aku dapat rasakan lebih besar dan tahan lebih lama - seorang mamat kedah



Kena Sodok Tanduk Kerbau




Tak tahu betapa sakitnya mamatni, tengok tanduk kerbau tu masuk ke dalam paha mamat ini. Kalau nak berani pun bertempat la bro. Sekarang ni berapa lama masuk hospital. Harap2 boleh jalan lagi.

------------------------

Penaja
Pesanan Penaja
Anda Yakin Anda Kekal Sihat Bertenaga tuk kebahagiaan Rumahtangga? 
Pengambilan herba ini dapat tingkatkan stamina, tenaga supaya anda dapat lakukan hubungan seksual dengan lebih lasak, lama dan bertenaga seperti gaya orang gagah dan muda. Jaminan KMM dan Halal
berminat pm/whatsup/line/wechat/ 018 263 7833 atau sms 013 308 4906 <rimba>
info lebih klik http://bit.ly/16tV4WQ

Thursday, July 11, 2013

Lelaki Metroseksual







Kulit bersih dan mulus bukan hanya dambaan wanita, ada juga jejaka yang pentingkan keterampilan diri lebih daripada si gadis. Yang diketahui adalah mereka yang tergolong dalam kelompok lelaki metroseksual.

Antara ciri jejaka metroseksual adalah penampilan menarik terutamanya gaya dan peribadi diri. Jejaka metroseksual juga tidak terbatas pada usia tertentu saja.

Secara ringkasnya, kelompok lelaki ini sangat mementingkan kecantikan dan penampilan diri. Mereka kebiasaannya terdiri daripada golongan anak muda yang tinggal di ibu kota dan menjawat jawatan tinggi, hidup mewah, mencintai fesyen, melakukan perawatan wajah dan tubuh badan. Namun bagaimana pula sekiranya seseorang lelaki itu tidak tergolong dalam kumpulan metroseksual tetapi tetap bersolek setiap hari?


Bukan sebab cemburu

Mungkin agak janggal bagi sesetengah orang jika isu ini dibincangkan. Tak dinafikan, mungkin ia juga nampak remeh bagi pandangan ‘lelaki tulen’. Mentaliti manusia pada hari ini sudah berubah dan bagi penulis, ia sedikit sebanyak dipengaruhi persekitaran.

Bahkan, ada tinjauan dilakukan membabitkan lebih 1,000 lelaki di London mendapati seorang daripada setiap empat lelaki menggunakan pelembap muka dan dua daripada setiap lima lelaki menggunakan pencuci muka untuk menjaga kulit terutama bagi mengelakkan kelihatan tua. Fenomena ini berlaku di mana-mana saja seluruh dunia. 

Jika kita melihat orang lain mempunyai kulit muka cantik dan nampak bersih, sudah tentunya kita juga mahu kelihatan sama. Tak kisahlah sama ada lelaki atau wanita, perasaan itu pasti akan terdetik. Justeru, itulah luahan yang dikongsi oleh kelompok jejaka feminin ini.


Tambah keyakinan diri

Biasanya, lelaki tulen dilabel sebagai individu yang tidak terbabit dengan apa saja perkara atau perlakuan yang dilakukan wanita. Mungkin persepsi itu kini semakin berubah seiring peredaran zaman.

Jika difikirkan kembali, ramai lelaki bahkan selebriti menjaga penampilan diri untuk tampil menarik. Wajah dirias rapi dan disapu bedak asas lengkap dengan pelembap bibir dikatakan mampu membuatkan diri rasa lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai.

Sebagai contoh, pemain bola sepak terkenal David Beckham dikatakan ke spa serta lakukan rawatan muka sehari sebelum mengahwini isterinya, Victoria. Selain itu, Brad Pitt juga dikatakan memakai pengilat kuku untuk kelihatan berseri sebelum menikahi bekas isterinya, Jennifer Aniston.

Beberapa jejaka berpendapat, sebab utama solekan asas seharian perlu untuk buatkan diri rasa bersemangat dan tidak malu untuk bersemuka dengan orang lain. Bayangkan kulit muka berminyak selepas seharian bekerja dan pada malamnya pula ada janji temu dengan kekasih, meskipun tidak memakai solekan tebal, bedak asas sudah cukup untuk tingkatkan kembali tahap yakin diri.


Tahu kesesuaian

Lelaki bersolek selalunya tahu apa kehendak mereka. Dalam situasi ini, mereka akan bertindak seperti wanita dengan memilih ‘senjata utama’ iaitu bedak asas yang kena dengan warna kulit.

Selalunya kelompok lelaki ini hanya memilik bedak di dalam tas tangan. Jarang sekali pelembap bibir, maskara atau pemerah pipi diusung sekali dalam beg. Jika itu berlaku, mungkin si dia terarah untuk menjadi wanita jadian.

Kesemua perilaku ini dilakukan atas rasa tanggungjawab untuk jadikan diri terbaik dalam komuniti. Mereka dilihat begitu prihatin dan mengambil berat serta sayang diri sendiri, tak ketinggalan juga ada yang ‘advance’ dengan mengikuti perkembangan alat solek terkini di pasaran.

Kawan penulis yang mahu dikenali sebagai Ary berkata, setidak-tidaknya dua minggu sekali dia melakukan perawatan wajah. Katanya, tak ada salahnya lelaki melakukan perawatan wajah seperti dilakukan wanita. Keinginan untuk memilik kulit bersih tidak hanya pada wanita. 

“Kulit bersih tidak ada hubungannya dengan sifat atau keliru jantina. Buktinya, isteri saya tidak melarang dan suka dengan penampilan kulit saya lebih bersih dan tidak berminyak. Malah dia terbuka untuk cadangkan bedak atau pencuci muka terbaik untuk saya,” katanya. 


Lelaki Korea suka solek

Ada sumber menyatakan, lelaki di Korea ­cenderung untuk menyolek wajah sebelum ke ­pejabat. Mereka berpendapat, lelaki perlu untuk sentiasa tampil dengan wajah yang berseri dan menarik untuk meningkatkan prestasi kerjaya. Memiliki wajah bersih dan licin membuatkan diri dalam keadaan baik.

Bukan itu saja, golongan lelaki yang mementingkan solekan wajah juga akan membawa kotak kecil atau beg yang penuh dengan alat solekan setiap hari ke mana saja mereka pergi. Yang pasti, mereka akan singgah kerap ke tandas untuk menyolek wajah pada waktu tertentu.

Pakar kajian di Universiti Nasional Australia mendakwa, di Korea, fenomena lelaki bersolek semakin meningkat adalah kerana ia menjadi penanda aras kejayaan seseorang lelaki. Dahsyat! Oleh Shuhada Mansor
tak kisah la ...apa korang nak cakap, yang penting ramai aweks suka kan aku....ko ada?


Penaja 

Jahitan sulaman topi akan menjadi lebih mudah sekirannya menggunakan mesin sulam. Harga topi boleh mencecah RM2, tapi bila kita beli topi yang sudah siap di sulam boleh dijual dalam harga RM25-RM30.
Margin yang tinggi. Anda juga boleh belajar cara menjahit sulaman topi dengan mudah. Khidmat training secara percuma diberikan kepada sesiapa yang berminat. 






We accept  embroideries orders and an authorized agent to sell Happy machine
Call/Whatsup/SMS/Line/WeChat/Kakao 018 263 7833
SMS 013 308 4906

Doa Minta Jauhi Syaitan dan Iblis


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/bismillah.jpg?w=233http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/doamenolakgangguansyaitan.png?w=300

Maksudnya:
“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”




-------------------------

Penaja
Pesanan Penaja
Anda Yakin Anda Kekal Sihat Bertenaga tuk kebahagiaan Rumahtangga? 
Pengambilan herba ini dapat tingkatkan stamina, tenaga supaya anda dapat lakukan hubungan seksual dengan lebih lasak, lama dan bertenaga seperti gaya orang gagah dan muda. Jaminan KMM dan Halal
berminat pm/whatsup/line/wechat/ 018 263 7833 atau sms 013 308 4906 <rimba>
info lebih klik http://bit.ly/16tV4WQ



Maybank Curi Duit Akaun Simpanan

Maybank Curi Duit Akaun Simpanan


Siapalah antara pekerja maybank yang pecah amanah pencopet duit orang!

Ramai mangsa akaun simpanan Maybank menjadi mangsa penipuan dari pekerja maybank itu sendiri. Semoga dengan atikel ini pihak pengurusan maybank mengambil berat dengan kes-kes penipuan Maybank semasa mereka buat transfer. Kes ini benar dari rakan saya sendiri

Kes1
Saya pernah kena tipu dengan maybank dah beberapa kali, saya adalah pengguna akaun simpanan maybank dan punyai bisnes online. Tiap kali ada kemasukan saya lihat maybank keluarkan duit SALE DEBIT kadangkala beberapa puluh ringgit hingga ke RM100. Saya tahu saya tak buat sebarang transaksi pengeluaran. Jadi saya buat report pada maybank, mereka layan seolah-olah kita ni yang bersalah. Mereka perluakan 40 hari untuk buat semakan sekirannya benar duit itu duit saya, mereka akan pulangkan. Ada yang mereka pulangkan ada yang tidak. Jadi mulai hari itu, saya transfer semua duit dalam akaun saya ke CIMB.

Kes2
Saya pernah kena tipu dengan maybank, bapa saya masukkan RM500 tiba-tiba lesap dalam maybank. Mula-mula nampak duit masuk. Kemudia ada SALE DEBIT seolah-olah kita yang buat transaksi untuk transfer duit saya ke akaun lain. Jadi saya pun terus report dengan maybank hq, tapi biasalah diorang anggap kita yang bersalah. Saya terus buat laporan polis. Selepas itu bila dah jadi kes polis maybank pun semak semula dan saya dapat kembali duit RM500 dari akaun saya.

Ini semua adalah kes benar. Jadi kepada anda pengguna maybank sentiasalah semak baki dan tengok samaada SALE DEBIT ada atau tidak di transaksi akaun anda.

Maybank anda perlu bertanggung jawap!!!


                    


-------------------------

Penaja
Pesanan Penaja
Anda Yakin Anda Kekal Sihat Bertenaga tuk kebahagiaan Rumahtangga? 
Pengambilan herba ini dapat tingkatkan stamina, tenaga supaya anda dapat lakukan hubungan seksual dengan lebih lasak, lama dan bertenaga seperti gaya orang gagah dan muda. Jaminan KMM dan Halal
berminat pm/whatsup/line/wechat/ 018 263 7833 atau sms 013 308 4906 <rimba>
info lebih klik http://bit.ly/16tV4WQ

Saturday, July 6, 2013

Sejadah Ada Lambang Lucah dan Salib












Di manakah usahawan-usahawan islam? Mengapa perlu ambil mudah sampaikan sejadah barang untuk ibadah juga dipelopori oleh orang bukan islam. Tiba masanya orang islam bangkit dan berjihad untuk memenuhi keperluan orang islam itu sendiri...


Penaja
Ingin Miliki Mesin Tenuna Sendiri?
Tingktkan Pergeluaran barang buatan orang islam

Friday, July 5, 2013

Pelik Gambar Transformasi Lelaki Kepada Wanita
















Bro kalau rasa lembik je...tak payah la jadi perempuan...agak2 la kalau Allah dah jadi kan u lelaki mesti ada hikmah di sebalik kejadiannya...Jadi lelaki la paling best bro kita kuat dan hebat...buat apa nak jadi macam perempuan...


-------------------------

Penaja
Pesanan Penaja
Anda Yakin Anda Kekal Sihat Bertenaga tuk kebahagiaan Rumahtangga? 
Pengambilan herba ini dapat tingkatkan stamina, tenaga supaya anda dapat lakukan hubungan seksual dengan lebih lasak, lama dan bertenaga seperti gaya orang gagah dan muda. Jaminan KMM dan Halal
berminat pm/whatsup/line/wechat/ 018 263 7833 atau sms 013 308 4906 <rimba>
info lebih klik http://bit.ly/16tV4WQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...