Pages

Saturday, April 30, 2011

10 Penyakit Yang Boleh Bawa Mati Pucuk




1- Masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis)
2-Penyakit mental
3- Kecederaan pada otak dan saraf tunjang
4- Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah
5- Kegagalan hati dan buah pinggang
6- Penyakit Parkinson
7- Angin ahmar
8- Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku)
9- Masalah Jantung - lemah jantung, jantung berlubang, sakit jantung
10- Kesan sampingan pembedahan dan ubatan klinikal yang diambil sejak muda spt pil tuk darah tinggi, kencing manis




Nak Tambah Tenaga dan Stamina? 

PM Maskulin Power Power gabungan Safed Ali Ginseng, Tongkat Ali, Kucingan mampu berikan stamina dan melambatkan pancutan, malah anda akan merasakan setelah pancutan zakar anda masih lagi keras dan boleh lagi membuat dayung tuk puaskan isteri Pm Sekarang!! PM Maskulin Power 


Mati Pucuk




Mati Pucuk atau juga dikenali sebagai lemah tenaga batin merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.

Ia juga dikenali dengan nama 'Disfungsi Erektil (ED) atau "impoten'' dalam istilah perubatan.

Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, antaranya seperti masalah jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat. Punca masalah mati pucuk boleh juga disebabkan oleh psikologi atau fisiologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.

Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum mula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung selalunya diberikan ubat mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.

Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kolesterol tinggi, mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.

Ya saudara. Bagi lelaki, Mati Pucuk bagaikan MATI SEBELUM MATI. Mati Pucuk juga, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri. Budaya orang kita memang suka berdiam diri dan tidak mahu berbincang mengenai masalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

4 SEBAB UTAMA PANCUTAN PRA-MATANG



1- Sensitiviti melampau pada kepala zakar anda yang menyebabkan mekanisma pancutan di dalam badan anda menghasilkan KEKEJANGAN. Kekejangan ini menyebabkan keinginan melampau untuk pancutan. Pada ketika ini pancutan tidak dapat dihalang lagi.

2- Keinginannya terlalu melampau hinggakan seakan-akan tiada cara yang boleh menghalangnya.

3- Keberahian yang terlalu tinggi disebabkan oleh kelenjar seks yang terlalu aktif. Hormon mengawal ksemua 
bahagian seksual anda. Daripada keberahian hinggalah ke pancutan. Apabila anda merasa berahi, kelenjar seks dengan pantas akan mengepam hormon ke saluran darah anda.
4- Pancutan pramatang berlaku apabila tahap hormon seks anda menjadi terlalu tinggi. Hormon anda menjadi tidak seimbang dan anda TIDAK AKAN dapat mengawal pancutan!

Yakin Isteri Anda Tak Tinggalkan Anda?

PM Maskulin Power gabungan Safed Ali Ginseng, Tongkat Ali, Kucingan mampu berikan stamina dan melambatkan pancutan, malah anda akan merasakan setelah pancutan zakar anda masih lagi keras dan boleh lagi membuat dayung tuk puaskan isteri Pm Sekarang!!

Wednesday, April 28, 2010

Ejakulasi Pra Matang


Kes 1 

SAYA pemuda berumur 25 tahun dan mengalami masalah pancutan pra matang di mana tidak sampai seminit pun, saya boleh terpancut. Lebih teruk lagi, dengan hanya menyentuh wanita saja, pancutan berlaku.
Selepas pancutan, saya tidak berselera lagi untuk meneruskan hubungan. Apakah teknik untuk melambatkan pancutan? Ini kerana jika berlaku pancutan pra matang, hubungan boleh terkubur begitu saja.
Kes 2 

SAYA berusia 25 tahun dan akan mendirikan rumah tangga, tahun depan. Saya menghadapi dilema di mana saya mempunyai masalah ejakulasi pra matang. 

Masalah ini mungkin berpunca dari perbuatan kerap mengeluarkan air mani sendiri. Oleh itu, saya ingin meminta nasihat dan pandangan doktor berpandukan kepada beberapa soalan di bawah: 



  • Bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ejakulasi pra matang? 
  • Saya ada terbaca artikel mengesyorkan rawatan untuk masalah ini seperti penggunaan krim dan pil, amalan senaman dan penjagaan makanan. Bolehkah doktor beri ulasan lanjut mengenai rawatan yang disyorkan? 
  • Apakah kesan daripada rawatan yang disyorkan? 
  • Untuk pengetahuan doktor, saya mempunyai satu lagi masalah iaitu perasaan berdebar-debar atau anxious. Adakah ini salah satu faktor atau punca yang mengundang masalah ejakulasi pra matang? 
  • Apakah kesan jangka panjang dari masalah ejakulasi pra matang ini? (Contoh masalah mati pucuk atau lain-lain) 
  • Saya ada membaca mengenai krim Virile di mana ia digunakan untuk merawat masalah ini. Pada pandangan doktor, adakah krim ini selamat digunakan dan terjamin boleh merawat masalah ini? 

    DARI aspek penjelasan terhadap masalah yang anda berdua hadapi, jelas menunjukkan bahawa saudara mengalami masalah ejakulasi pra matang. Ada dua jenis ejakulasi pra matang iaitu jenis yang kekal (primary) dan jenis sementara. 

    Bagaimanapun, agak sukar pada tahap ini untuk menentukan sama ada masalah ini akan kekal atau tidak. Ini kerana saudara berdua masih muda. Selalunya pada orang yang muda dan baru melakukan hubungan seks , masalah ejakulasi pra matang ini boleh menjadi masalah sementara. 

    Dari segi definasi mengikut International Society For Sexual Medicine, ejakulasi pra matang ada tiga ciri-ciri utama iaitu; 

    - Ejakulasi yang berlaku dalam lingkungan masa satu minit atau kurang selepas penetrasi ke dalam vagina. 

    - Tidak dapat mengawal atau melambatkan ejakulasi ketika penetrasi. 

    - Memberi impak negatif kepada lelaki dan pasangannya, misalnya ketegangan hubungan, stress dan kemurungan. Kesannya, hubungan seksual boleh menjadi regang. 

    Dari segi definasi, jelas bahawa masalah ejakulasi pramatang ini berdasarkan kepada penetrasi vagina dan bukannya berdasarkan ejakulasi cepat yang berlaku ketika masturbasi. 

    Ada satu lagi jenis ejakulasi pra matang yang digolongkan dalam kumpulan acquired atau secondary. Ia mempunyai ciri-ciri yang sama seperti definisi di atas kecuali lelaki yang mempunyai masalah acquired premature ejaculation ini pernah mempunyai tempoh ejakulasi yang normal dan sudah melakukan hubungan seks yang memuaskan diri beliau dan pasangan. 

    Punca utama ejakulasi pramatang belum lagi diketahui. Bagaimanapun, ia boleh diklasifikasikan kepada punca psikologi atau punca biologi. 

    Punca Psikologi. 

    Ramai doktor berpendapat, pengalaman seksual pada peringkat awal remaja boleh membawa kepada masalah ejakulasi pra matang. Ini termasuk: 

    - Tabiat mastubasi yang terburu-buru dan menyebabkan seseorang mencapai klimaks dengan cepat. Ini selalunya terjadi apabila seseorang remaja melakukan mastubasi tetapi cuba mengelak dari diketahui rakan-rakan atau ibu bapa. Oleh itu, masturbasi dilakukan dengan tergesa-gesa dan ejakulasi berlaku dalam masa yang singkat. 

    - Perasaan bersalah atau berdosa ketika melakukan hubungan seks atau masturbasi menyebabkan seseorang ingin cepat klimaks. 

    Ada juga beberapa faktor yang lain yang boleh membawa kepada terjadinya ejakulasi pra matang. Ini termasuk: 

    Masalah mati pucuk 

    Seseorang lelaki yang menghidapi masalah mati pucuk boleh mendapat masalah ejakulasi pra matang pada masa yang sama. 

    Anxiety 

    Seseorang yang bersifat anxious terutama terhadap sexual performances atau isu-isu lain lebih cenderung untuk mendapat ejakulasi pra matang. 

    Masalah rumah tangga 

    Seseorang lelaki yang mempunyai masalah hubungan dengan isteri lebih cenderung untuk mendapat ejakulasi pra matang. 

    Punca biologikal pula termasuk: 
    - Paras hormon yang tidak normal. 
    - Keabnormalan paras neurotransmitter dalam otak. 
    - Keabnormalan dalam sistem ejakulasi. 
    - Masalah kelenjar thyroid. 
    - Inflamasi dan infeksi pada prostat dan urethra. 

    Komplikasi. 

    Ejakulasi pra matang ini tidak akan menyebabkan komplikasi dari segi kesihatan seseorang lelaki. Ia juga tidak berkait dengan penyakit yang serius seperti kencing manis atau sakit jantung. 

    Bagaimanapun, ia boleh menyebabkan masalah tekanan dan kemurungan yang serius serta boleh menjejaskan hubungan suami-ister,i malah boleh membawa kepada perceraian. 

    Rawatan: 

    Ada pelbagai bentuk rawatan yang boleh diberi kepada lelaki yang mempunyai masalah ejakulasi pra matang. Ini termasuk terapi seksual, ubatan dan psikoterapi. 

    Ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil sebagai langkah permulaan untuk merawat masalah ini. Ini termasuk melakukan masturbasi beberapa jam sebelum hubungan seks.Ini boleh membantu memanjangkan tempoh penetrasi. 

    Selain itu, ada teknik di mana apabila seseorang hampir sampai ke tahap ejakulasi, stimulasi seksual perlu dihentikan dan tumpuan perlu dialihkan ke tempat lain. Teknik seperti squeeze technique dan teknik start–stop boleh dipelajari tetapi memerlukan masa dan komitmen dari pasangan. 

    Selain itu, beberapa jenis ubatan dan krim boleh digunakan untuk memanjangkan tempoh penetrasi. 

    Ubatan: 

    Ubatan dari jenis antidepressants (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors) digunakan untuk merawat masalah ejakulasi pra matang. Ini kerana salah satu dari kesan sampingan ubat SSRI ini adalah pemanjangan tempoh untuk ejakulasi. 

    Contoh ubatan yang boleh digunakan adalah sertaline (Zoloft); paroxetine (Paxil); fluoxetine (Prozac) dan yang terbaru ialah Dapoxetine (Priligy). Bagaimanapun, ubat- ubatan ini mempunyai kesan sampingan seperti loya, mengantuk dan kering mulut. 

    Ubat-ubatan ini adalah ubat kawalan dan hanya boleh diperoleh selepas berjumpa dengan pakar urologi atau pakar psikiatri. 

    Selain itu, krim yang mengandungi bahan untuk memberi kesan kebas (topical anaesthetic cream) juga boleh digunakan untuk merawat masalah ini. Konsep krim ini adalah untuk menimbulkan rasa kebas di bahagian kepala zakar. 

    PM Maskulin Power gabungan Safed Ali Ginseng, Tongkat Ali, Kucingan mampu berikan stamina dan melambatkan pancutan, malah anda akan merasakan setelah pancutan zakar anda masih lagi keras dan boleh lagi membuat dayung tuk puaskan isteri Pm Sekarang!! http://www.facebook.com/maskulinpower
  • Thursday, March 25, 2010

    Ketahui Rahsia Khasiat Gambir Sarawak


    Nak Bercakap ngan Maskulin Power: http://www.facebook.com/maskulinpower

    Gambir atau nama saintifiknya Uncaria gambir, biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Asia Tenggara, India dan China.

    Tumbuhan menjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya berwarna kuning dengan kandungan utama herba tersebut adalah tannin yang mempunyai astrigen.

    Sejak berzaman, sejumlah rekod mengaitkan penggunaan gambir sebagai penawar bisa gigitan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit.

    Malah dalam salah sebuah laman web, masyarakat Cina purba dinyatakan mempercayai tumbuhan tersebut bagi digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain membuang angin dalam badan.

    Bagi penduduk kepulauan Nusantara, gambir dimakan bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.

    Gambir Sarawak tidak dimakan tetapi ramai kaum Adam yakin ia mempunyai kehebatan kerana ia didakwa mampu ‘memperkasakan’ lelaki ketika menjalin hubungan kelamin.

    Lazimnya batang gambir dikerat bagi mendapatkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dihiris dalam bentuk kepingan kecil.

    Di sebalik kehebatan gambir, pakar sakit tuan, Dr. Mohd. Ismail Thamby berkata, penggunaan gambir Sarawak secara berlebihan dan tidak terkawal boleh membawa padah.

    Katatanya, gambir hanya digunakan oleh penduduk Sarawak untuk tujuan melegakan kesakitan ringan seperti sakit gigi.

    Cuma penduduk Semenanjung sahaja, yang taksub dengan dakwaan bahawa gambir Sarawak boleh memanjangkan tempoh ereksi.

    Dalam pada itu, ahli botani dan ekologi tempatan, Dr. Paul Chai sebelum ini dilaporkan berkata, hanya gambir Sarawak dikaitkan dengan khasiat di ranjang kerana kawasan lain di Semenanjung didapati hanya menggunakannya untuk tujuan perubatan.

    Menurut Paul, masyarakat Melayu di Sarawak sering menggunakan gambir untuk menahan sakit, terutama sakit gigi. Beliau tidak menafikan gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutan Borneo antara hutan tropika tertua dunia.

    Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu berkata, penggunaan gambir sebagai ‘ubat kuat’ lelaki hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan suku kaum di Sarawak seperti Iban dan Melanau.

    Kegunaan lain gambir yang juga dikenali sebagai akar kelawit itu ialah sebagai penawar gigitan ular selain penawar akibat termakan cendawan beracun.

    Nak Tambah Tenaga dan Stamina?
    PM Maskulin Power Power gabungan Safed Ali Ginseng, Tongkat Ali, Kucingan mampu berikan stamina dan melambatkan pancutan, malah anda akan merasakan setelah pancutan zakar anda masih lagi keras dan boleh lagi membuat dayung tuk puaskan isteri Pm Sekarang!!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...