Nak Bercakap ngan Maskulin Power: http://www.facebook.com/maskulinpower
Gambir atau nama saintifiknya Uncaria gambir, biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Asia Tenggara, India dan China.
Tumbuhan menjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya berwarna kuning dengan kandungan utama herba tersebut adalah tannin yang mempunyai astrigen.
Sejak berzaman, sejumlah rekod mengaitkan penggunaan gambir sebagai penawar bisa gigitan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit.
Malah dalam salah sebuah laman web, masyarakat Cina purba dinyatakan mempercayai tumbuhan tersebut bagi digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain membuang angin dalam badan.
Bagi penduduk kepulauan Nusantara, gambir dimakan bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.
Gambir Sarawak tidak dimakan tetapi ramai kaum Adam yakin ia mempunyai kehebatan kerana ia didakwa mampu ‘memperkasakan’ lelaki ketika menjalin hubungan kelamin.
Lazimnya batang gambir dikerat bagi mendapatkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dihiris dalam bentuk kepingan kecil.
Di sebalik kehebatan gambir, pakar sakit tuan, Dr. Mohd. Ismail Thamby berkata, penggunaan gambir Sarawak secara berlebihan dan tidak terkawal boleh membawa padah.
Katatanya, gambir hanya digunakan oleh penduduk Sarawak untuk tujuan melegakan kesakitan ringan seperti sakit gigi.
Cuma penduduk Semenanjung sahaja, yang taksub dengan dakwaan bahawa gambir Sarawak boleh memanjangkan tempoh ereksi.
Dalam pada itu, ahli botani dan ekologi tempatan, Dr. Paul Chai sebelum ini dilaporkan berkata, hanya gambir Sarawak dikaitkan dengan khasiat di ranjang kerana kawasan lain di Semenanjung didapati hanya menggunakannya untuk tujuan perubatan.
Menurut Paul, masyarakat Melayu di Sarawak sering menggunakan gambir untuk menahan sakit, terutama sakit gigi. Beliau tidak menafikan gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutan Borneo antara hutan tropika tertua dunia.
Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu berkata, penggunaan gambir sebagai ‘ubat kuat’ lelaki hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan suku kaum di Sarawak seperti Iban dan Melanau.
Kegunaan lain gambir yang juga dikenali sebagai akar kelawit itu ialah sebagai penawar gigitan ular selain penawar akibat termakan cendawan beracun.
Nak Tambah Tenaga dan Stamina?
PM Maskulin Power Power gabungan Safed Ali Ginseng, Tongkat Ali, Kucingan mampu berikan stamina dan melambatkan pancutan, malah anda akan merasakan setelah pancutan zakar anda masih lagi keras dan boleh lagi membuat dayung tuk puaskan isteri Pm Sekarang!!