Pages

Sunday, May 19, 2013

Masalah Hilang Fokus



Dalam hidup kadang-kadang sama macam naik kapal ke satu-satu destinasi. Kadang-kadang ada badai, ombak tinggi dan kadang-kadang kita terlari dari koordinat destinasi. Kadang-kadang kita ada orang dari pulau yang kita lalu yang cakap “Tak payahlah kau teruskan, baik lepak jer dengan kita kat pulau ni!”…. Kadang-kadang ada orang yang akan buat forum khas untuk kutuk perjalanan anda! Dan apa yang penting adalah pilihan kita! Adakah kita terus fokus atau sibuk “melayan” semua cabaran yang ada, “memadamkan api” sehingga terlupa ke mana kita patutnya pergi? Keep going baby! Focus! Focus! Focus! Tidak ada perjalanan yang mudah, miskin pun orang cakap, kaya pun orang cakap. Kaya berzakat dan bersedekah pun orang cakap, kaya kedekut pun orang cakap! Kerja pun orang cakap, berniaga pun orang cakap! So, eventually faham satu perkara, kita hanya akan ditanya tentang amal (perbuatan) kita, bukan amal orang lain! So, fokus untuk teruskan buat apa yang kita nak buat asalkan ianya memberi manfaat kepada ramai orang lain di sepanjang perjalanan tersebut! Adios! – azizanosman -


Masalah Hilang Fokus

Pertengahan tahun juga turut menjadi isu yang sering dibincangkan oleh ramai pihak terutamanya mereka yang bergelar usahawan. Mereka akan mula sibuk menyemak samada perancangan di awal tahun masih berada di landasan yang betul ataupun sudah terpesong jauh? ;)
MASIH LAGI FOKUS KEPADA MATLAMAT ASAL ANDA?
Jika terpesong jauh, maka mereka perlu segera mencari tonik baru untuk kembali berada di atas jalan menuju matlamat yang disasarkan sebelum ini.
Macam-mana pula dengan anda semua? Masih berada di landasan yang lurus ataupun sudah memilih haluan yang berbeza? :P
Baiklah, kali ini Fath akan kongsikan bagaimana cara untuk kita semua fokus kepada apa yang telah di tetapkan sebelum ini.
Seringkali Fath diajukan soalan-soalan seperti berikut:
  • Macam-mana kita nak kekal fokus?
  • Penting tak bagi 100% komitmen?
  • Susah lah nak fokus ni, kadang-kadang banyak sangat peluang yang datang sampai tak tahu nak buat keputusan dah
  • Boleh tak kalau kita buat semua perkara sekali gus dalam satu-satu masa?
  • Saya dah fokus tapi masih belum berjaya jugak?
Agak-agaklah, pernah tak anda terfikir soalan-soalan seperti di atas?
Jika pernah, Tahniah diucapkan! :D

Macam-mana Nak Fokus?

Anda merupakan individu yang amat prihatin dan bertanggungjawab terhadap matlamat anda dan selayaknya anda diberi pujian. Cuma satu sahaja yang menjadi persoalan di sini iaitu macam-mana nak kekalkan kuasa fokus itu tadi, ya dak?
Untuk menjawab kesemua persoalan di atas itu tadi, hanya satu perkara yang Fath seringkali amalkan dan menjadi tonik kepada kuasa fokus dalam sesuatu perkara. Amalan tersebut adalah anda perlu bertanya kenapa sebenarnya anda memilih matlamat yang telah anda tetapkan samada di awal tahun mahupun pada bila-bila masa sahaja.
Amalan tersebut adalah anda perlu bertanya kenapa sebenarnya anda memilih matlamat yang telah anda tetapkan
Jika anda tetapkan kesemua matlamat anda itu tadi adalah untuk mencapai keuntungan semata-mata, Fath nasihatkan agar anda kaji dan selidik kembali matlamat tersebut.
Kebiasaannya, golongan yang berjaya mencapai matlamat yang mereka tetapkan adalah mereka yang melakukannya berasaskan minat yang mendalam. Tidak dinafikan ada juga kelompok yang berjaya dengan bermatlamatkan keuntungan, namun kejayaan itu tidak berkekalan. :)

Mengapa Hal Ini Terjadi?

Salah satu faktornya adalah bilamana keuntungan yang disasarkan semata-mata, maka setelah keuntungan tersebut dicapai mereka akan mula mencari-cari haluan baru. Kebiasaannya juga apa yang bakal mereka temui kembali adalah bersangkut-paut dengan minat mereka juga.
Tidakkah itu satu kerugian yang besar? Kerugian di sini bukanlah dari segi wang ringgit akan tetapi kerugian yang terbesar adalah dari aspek masa!
Anda bacalah sebanyak mana buku yang ada, rata-rata mengatakan faktor masa adalah lebih berharga dalam apa jua yang kita lakukan.
Fath ambil contoh dua situasi berbeza, anda mempunyai bakat dalam menghasilkan penulisan yang bagus terutamanya sebagai penulis novel dan dalam masa yang sama anda mempunyai suara yang bagus sebagai penyanyi. Anda diberi pilihan samada untuk menghasilkan sebuah karya novel yang terbaik ataupun menjadi penyanyi terkenal? ;)
ANDA YANG BERHAK MENENTUKANNYA

Kesudahannya. . .

Itu adalah dua pilihan yang berat untuk diputuskan. Ia adalah dua dunia yang berbeza. Jika anda pilih sebagai penulis, maka masa anda akan dihabiskan dengan menulis dan jika anda pilih untuk menjadi seorang penyanyi, maka masa anda akan dihabiskan di studio untuk rakaman.
Andai kata anda pilih untuk menjadi penyanyi, di pertengahan jalan anda merasakan menulis lebih baik daripada menyanyi. Tidak salah untuk mengubah haluan tersebut, apa yang menjadi kerugian adalah anda perlu bermula dari bawah kembali.
Di sinilah pentingnya anda bertanya kepada diri sendiri persoalan mengapa anda perlu memilih matlamat tersebut. Jika anda tersedar kurang dari tempoh enam bulan masih tindak mengapa akan tetapi jika ianya berlaku setelah enam tahun, bukankah satu kerugian yang besar?
Mulai dari sekarang, fikirkanlah persoalan mengapa sebanyak mungkin kerana persoalan bagaimana akan hadir bilamana kita telah membuat keputusan yang jitu seterusnya untuk kekal fokus bukan lagi persoalan besar buat anda. :)
Fast Action Target Hit = FATH
Mohd Fathuallah



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pecaya atau tidak, hilang fokus di bilik tidur juga boleh buat zakar jadi lembek...tak ada nafsu pada bini sendiri
Anda Yakin Isteri Anda Tak Tinggalkan Anda?
Tingkatkan Keyakinan Diri 150% Bila Berjumpa Dengan Isteri 

Psst! Walaupun dengan kain pelekat...

Herba ini mampu mengembalikan kekuatan seksual suami dan meningkatkan keyakinan, stamina suami ketika melakukan hubungan seksual dengan isteri anda. gabungan Safed Musli Ginseng, Tongkat Ali, Kucingan, Bunga Pakma mampu berikan stamina dan melambatkan pancutan, malah anda akan merasakan setelah pancutan zakar anda masih lagi keras dan boleh lagi membuat dayung tuk puaskan isteri
 Pm Sekarang!! atau Whatsup 018 263 7833 PM Maskulin Power




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...